CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Skuad Projek 2016 Mampu Tunjuk Taring

25-5-2015 03:56 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1194| Komen: 0



Walaupun hanya menurunkan pasukan projek 2016, reputasi Malaysia sebagai pasukan pilihan di temasya Sukan SEA, Singapura masih kekal bawah kendalian Arul Selvaraj.

Kecuali kemenangan perak pada 1973, Malaysia sentiasa berjaya bawa pulang pingat emas sejak hoki dipertandingkan di Sukan SEA.

Namun, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan supaya menurunkan pemain remaja untuk bertembung dengan pasukan senior antarabangsa dalam saingan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sengkang.

Arul mengakui bahawa keputusan ini berani tetapi percaya dengan kehadiran pemain berbisa seperti pukulan sudut penalti, Muhammad Amirul Aideed Mohd Arshad dan penyerang Mohd Sufi Ismat, emas dan nama negara mampu dipertahankan.

"Pasukan malaysia tidak pernah beraksi dengan pasukan remaja, jadi saya hanya mengharapkan pemain yang berumur 19 atau 20 tahun ini pergi untuk mempamerkan baka, tidak kira menang 1-0 atau 10-0, emas tetap emas", kata jurulatih itu.

Manakala pertahanan skuad projek 2016, Najib Abu Hassan juga yakin dengan persediaannya bersama rakan sepasukan bahawa mereka mampu mendapat kemenangan.

"Kami tidak ada masalah untuk membawa pulang pingat emas kerana kami telah membuat persediaan rapi untuk pertandingan ini, Sukan SEA adalah untuk kami mencari pengalaman dan menang pingat emas untuk Malaysia." ujarnya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.025029 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top