|
Bagi mereka yang berkahwin kerana mengharapkan harta isterinya hanya akan menjadikan dirinya miskin. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, tidak bertambah hartanya, malah menjadikan dirinya PAPA. Mereka yang berkahwin semata-mata kejelitaan dan kecantikan isterinya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu kahwini perempuan itu kerana melihat kecantikannya,
boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada diri mereka sendiri. Manakala mereka yang berkahwin semata-mata kerana keturunan isterinya pula akan menyebabkan keturunan mereka tidak akan bertambah kehormatan dan kemuliannya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, Allah tidak akan menambahkan kemuliannya, kecuali kehinaan. Semolek-molek dan seeloknya adalah mengahwini seorang wanita adalah disebabkan agamanya: Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan Allah akan harta (rezeki yang lumayan). Sabda Rasulullah saw bermaksud : ”Seseorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya akan dikurniakan oleh Allah akan harta,”
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.025531 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.