Penampilan Yatt Hamzah yang menutup aurat kini telah menjadi sumber inspirasi kepada muslimah di luar sana dan cukup tenang mata memandang bukan. Meskipun pernah melalui episod duka dalam hidupnya kerana hampir bercerai dengan suami, Yatt kini nampaknya sedang dilimpahi dengan kebahagiaan dan ketenangan.
Walaubagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang mencari kesalahan beliau dan tebaru salah seorang pengikut Yatt di Instagram telah mempertikaikan cara beliau berpakaian ketika memuat naik foto sedang bermain bowling dengan mengenakan jubah dan berpurdah baru-baru ini.
Individu tersebut telah menegur bahawa pakaian sebegitu tidak sesuai dengan keadaan juga tempat pada waktu itu.
Namun masih ada lagi peminat yang memberikan kata-kata positif kepada Yatt dan menyatakan ia bukanlah satu kesalahan untuk Yatt bergembira dan melepaskan tekanan bermain bowling dengan pakaian sebegitu.
Terus terang kami juga merasakan ianya tidak salah untuk Yatt Hamzah memakai jubah dan purdah sewaktu bermain bowling. Islam itu cukup mudah janganlah kita merumitkan sesuatu perkara itu. Berpakaian muslimah tidak membataskan pergerakkan seseorang itu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|