CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Tukar Taktik Permainan Demi Kemenangan - Kim Swee

2-6-2015 03:10 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 3816| Komen: 0



Ketua Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee bakal menggunakan strategi yang sama sekali berbeza apabila berdepan Vietnam dalam misi ‘wajib menang’ pada perlawanan kedua Sukan SEA di Stadium Bi-shan, malam ini.

Ketiadaan pemain yang dianggap ‘jeneral di atas padang’, Muhd. Nazmi Faiz Mansor akibat penggantungan memaksa Kim Swee menukar sepenuhnya sistem permainan, namun beliau percaya, pemainnya tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.

Seri atau kalah bakal menyaksikan laluan penuh ranjau menanti skuad negara untuk menamatkan cabaran selaku dua pasukan teratas Kumpulan B kerana mereka dijadual bertemu Thailand, lawan yang pasti lebih sukar dalam aksi ketiga, Khamis ini.

Kualiti Vietnam yang masih mendapat sentuhan jurulatih dari Jepun, Toshiya Miura tidak dapat dinafikan oleh Kim Swee, yang menganggap lawannya dibekalkan ramai pemain berkualiti daripada segi skil dan kepantasan.


Berdasarkan pengamatannya ketika Vietnam menang besar 6-0 ke atas Brunei dalam aksi sulung 29 Mei lalu, dia telah menyenaraikan beberapa pemain yang perlu dihalang selain kelebihan mereka di posisi sayap kiri.

Walaupun sedar kemenangan cukup mustahak ekoran perbezaan jaringan yang pasti akan memihak kepada Vietnam jika kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri, Kim Swee tetap tenang sambil sekadar mahu pintu gol pasukan negara tidak dibolosi sepanjang 90 minit permainan. - CARI INFORNET 




3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top