|
Foto Utusan On Line
Beregu wanita, Ho Ying dan Lee Rou You mengesahkan pingat pertama Sukan SEA Singapura buat kontinjen negara dalam acara ping pong, sekurang-sekurangnya gangsa, selepas mara ke pusingan separuh akhir esok di Stadium Tertutup Singapura. Gandingan negara itu menewaskan gandingan Indonesia, Gustin Dwijayanti dan Kharisma Nur Hawwa, 11-6,11-8, 11-6 dalam saingan suku akhir, Isnin.
Warna pingat mungkin bertukar kepada emas atau perak sekiranya gandingan negara itu menewaskan wakil tuan rumah, yang juga pemenang gangsa Kejohanan Dunia, Feng Tianwei dan Yu Mengyu di separuh akhir nanti. Singapura turut mempertaruhkan Lin Ye dan Zhou Yihan menentang Komwong Nanthana dan Sawettabut Sutha dari Thailand dalam satu lagi saingan separuh akhir. Beregu yang tersingkir di separuh akhir akan berkongsi pingat gangsa. Bagaimanapun, impian untuk melihat kejayaan beregu lelaki musnah selepas kedua-dua pasangan negara tewas kepada lawan masing-masing. - CARI INFORNET |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.917596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.