CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Sabah Berjaya Tahan Adik Noh Omar

2-6-2015 05:45 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 20378| Komen: 116



Malam tadi, adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berjaya ditangkap pihak polis di sebuah homestay di Kundasang dekat Ranau. 

Setelah hampir sebulan diburu, suspek pembunuhan yang terkenal dengan jolokan 'Mat Malaya' itu ditahan bersama wanita berusia 24 tahun dan juga seorang bayi kira-kira jam 10.50 malam kelmarin.

'Mat Malaya' dipercayai terbabit dalam satu kejadian tembak menembak di sebuah premis membaiki alat pendingin hawa di Jalan Tuaran Bypass setelah terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pembantu mekanik di premis itu pada 5 Mei lepas.
 
Sumber www.siakapkeli.my

4

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
1

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 2-6-2015 01:17 PM
?
Quote kelana36 2-6-2015 01:20 PM
itu la, masa kes dadah dulu sapa suruh bebaskan? abang tolong ker?
Quote puterikhaleeda 2-6-2015 01:22 PM
wowww....... hmmmmmmmmmmm
Quote Syd 2-6-2015 01:24 PM
Edited by Syd at 2-6-2015 01:25 PM

Adik Bekas Menteri, 'Mat Malaya' Ditangkap Di Kundasang
Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 10:15 AM




KOTA KINABALU: Penjenayah terkenal, Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.

Suspek yang merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berusia 44 tahun ditahan ditahan ketika bersama isterinya yang berusia 24 tahun dan bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.

Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.

Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.

Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Quote ad_hoc79 2-6-2015 01:25 PM
gangster betul... tenung2 pun boleh sebabkan tembak
Quote hzln 2-6-2015 01:27 PM
kelana36 replied at 2-6-2015 01:20 PM
itu la, masa kes dadah dulu sapa suruh bebaskan? abang tolong ker?

busukkkk sangat kes dadah tu dulu...maunya tak dilepas bodo2 gitu jer
dadah tu jumpa lam beg baju, katanya bininya yg tulung kemaskan beg tuh
bulih pendakwaraya tak panggil bini tu jadi saksi
Quote Modngengadee 2-6-2015 01:28 PM
amboi title mat malaya lagi.....pasti abg noh berbangga
Quote MeghanK 2-6-2015 01:29 PM
nasib la skrg abg takleh nak payung lagi
Quote theotherfriend 2-6-2015 01:29 PM
Huh?
kali ni ada org tolong tak?
Quote Syd 2-6-2015 01:29 PM
KOTA KINABALU 7 Mei - Hanya kerana bertentangan mata, seorang pembantu mekanik cedera di kaki selepas ditembak oleh seorang suspek yang dikenali sebagai Mat Malaya di sebuah kedai aksesori kereta di Jalan Tuaran Bypass di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa berusia 36 tahun dikatakan bertentangan mata dan ‘menjeling’ suspek sebelum lelaki terbabit berang serta berlaku pertengkaran mulut.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika pertengkaran mulut berlaku, suspek yang dikenali sebagai Mat Malaya dan dipercayai bekerja sebagai pengedar dadah mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

“Ekoran itu, mangsa mengalami cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan tersebut manakala suspek bergegas melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jalaluddin memberitahu, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam beberapa kes penyalahgunaan dadah.

Difahamkan, suspek tinggal bersama isteri kedua atau ketiga dan bekerja sebagai pengedar dadah di negeri ini.

Tegas beliau, pihaknya giat memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang mengenali atau terlihat kelibat suspek supaya menghubungi balai polis berhampiran dan tidak bertindak sendiri.
Quote myvios 2-6-2015 01:30 PM
hero malaya
Quote Syd 2-6-2015 01:36 PM
hzln replied at 2-6-2015 01:27 PM
busukkkk sangat kes dadah tu dulu...maunya tak dilepas bodo2 gitu jer
dadah tu jumpa lam beg baju ...

ARKIB : 21/06/2008

Adik menteri bebas tuduhan dadah
KOTA KINABALU, 20 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet, Mohd. Jusnaidi Omar, terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata, pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.

Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.

"Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd. Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya," katanya.

Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd. Jusnaidi menghadapi pertuduhan mengedar 1.011 kilogram kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98 gram syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kira-kira 10 pagi pada 20 Mei tahun lepas.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Kanan Persekutuan Suhami Ibrahim dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh.
- Bernama




Quote hzln 2-6-2015 01:36 PM
Syd replied at 2-6-2015 01:29 PM
KOTA KINABALU 7 Mei - Hanya kerana bertentangan mata, seorang pembantu mekanik cedera di kaki selepa ...

Difahamkan, suspek tinggal bersama isteri kedua atau ketiga dan bekerja sebagai pengedar dadah di negeri ini.


so...kiranya KERJA megedar dadah polis buat tak reti jah, asal tak tembak orang...
sementara itu, rakyat marhean dicekup serta merta kerna bertweet


Quote hzln 2-6-2015 01:40 PM
Syd replied at 2-6-2015 01:36 PM
ARKIB : 21/06/2008

Adik menteri bebas tuduhan dadah

SEKILO tuhhhh...huntong lahhh abang ko muntri masa tuh, bulihlah kawtim pendakwaan cincai2 sudah lah..janji masuk court katanya
Quote jofizo 2-6-2015 01:47 PM
bini muda woooo
Quote cap_ayam 2-6-2015 01:47 PM

Bekerja sebagai pengedar dadah? Oh my.. Baru akak tau ada kerjaya seperti itu huhu
Quote Syd 2-6-2015 01:48 PM
hzln replied at 2-6-2015 01:40 PM
SEKILO tuhhhh...huntong lahhh abang ko muntri masa tuh, bulihlah kawtim pendakwaan cincai2 sudah l ...




otai...masih berbisa

Quote cmf_blingblings 2-6-2015 01:49 PM
Jgn tangkap, tembak terus...org kalau masuk jel pun boleh lepas
Quote hzln 2-6-2015 01:55 PM
cap_ayam replied at 2-6-2015 01:47 PM
Bekerja sebagai pengedar dadah? Oh my.. Baru akak tau ada kerjaya seperti itu huhu

tu lah pertama kali dengar, mengedar dadah pun dah diiktiraf sbg satu pekerjaan skrg ni...siap mention kat surat beranak anak dia agaknya

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075062 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top