Foto oleh : www.goal.com Tahun 2014 adalah tahun yang perlu dilupakan oleh Lionel Messi, ini kerana buat kali pertama dalam tempoh enam tahun dia tidak meraih sebarang trofi pada peringkat kelab bersama Barcelona. selain peluang terbaiknya memenangi Piala Dunia bersama Argentina berkecai. Ramai percaya pemain itu tidak boleh kembali ke tahap yang menyaksikannya muncul pemain pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia empat kali berturut-turut antara 2008 dan 2012. Persembahan lesunya terutama pada peringkat kalah mati Piala Dunia, di sebalik dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan secara kontroversi. Setahun kemudian, persembahan Messi dalam enam bulan terakhir mungkin membayangi semua kekecewaan itu.
Selepas seketika bertelagah dengan jurulatih Luis Enrique apabila Messi diketepikan bagi perlawanan pertama tahun ini, Messi berjaya mengemudi Barcelona daripada ambang krisis kepada ambang tiga trofi apabila mereka berdepan Juventus pada final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini. Jurulatih yang amat mengenali Messi tidak berkuasa menghalangnya. Menjelang kembalinya Pep Guardiola ke Nou Camp sebagai bos Bayern Munich, beliau menegaskan prestasi semasa Messi bermakna "tidak ada sistem atau jurulatih yang boleh menyekat kehebatan bakat pada tahapnya." - CARI Infonet |
27
Bagus |
22
Marah |
36
Terkejut |
28
Sedih |
27
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT