Fyruz l Cari Infonet
Bestnya ke pantai.. berlari-lari mengutip cengkerang tepi laut. Tetapi kejap, sudahkan anda sapu krim pelindung UV? Kadang-kala ada sahaja tempat/spot yang anda ter'missed'. Aduhai, jom lihat tempat-tempat yang biasa anda lupa: jangan lupa ya lepas ni Telinga Menurut The Skin Cancer Foundation Journal, telinga merupakan daerah yang paling kerap dijangkiti oleh basal cell carcinomas yang berakhir dengan kanser kulit.
Kulit kepala Anda sampai tak perasan kulit kepala juga penting untuk penjagaan, lainlah jika anda memakai tudung. Kelopak mata Bahagian kecil ini sering diabaikan kerana anda sudah memakai kaca mata hitam, jadi bagaimana jika anda membuka kaca mata hitam anda? Ketahuilah kulit dibahagian ini paling lembut. Lapisan atas kaki Selalu tempat ini pasti lupa, hanya kerana ada selipar/kasut kita sering abaikan tempat ini Belakang siku Apa salahnya lebihkan sedikit sehingga di bahagian belakang siku. Belakang lutut Belakang lutut juga jangan dilupa, oleskan krim yang melindungi anda daripada sinaran matahari. |
ADVERTISEMENT