Memetik daripada laporan Mynewshub, difahamkan suspek yang merupakan pembantu kedai telah melahirkan bayi tersebut seorang diri tanpa diketahui keluarganya, petang semalam. Berdasarkan laporan polis, suspek mendakwa menyembunyikan bayi itu setelah mendapati anaknya tidak bernyawa ekoran tidak menangis dan tidak bertindak balas. Siasatan awal mendapati, ibu suspek tidak mengetahui tentang kehamilan anaknya itu selama ini. Suspek yang mengalami pendarahan teruk membuatkan doktor curiga sekali gus membuat suspek berterus-terang tentang kelahiran anak luar nikahnya itu. Berikutan itu, pihak hospital bertindak memaklumkan kepada pihak polis sebelum mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui dibelakang rumah suspek kira-kira 2.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar turut mengesahkan kejadian itu. Kes terbabit masih dalam siasatan, manakala suspek telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan. - CARI Infonet
Sumber : Mynewshub.cc
|
12
Bagus |
26
Marah |
55
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT