CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Solat Tengah Jalan Rupanya Pesakit Mental Lari Dari Wad

14-10-2021 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2328| Komen: 11

Polis mengesahkan lelaki yang sebelum ini tular menunaikan solat di tengah Jalan Ipoh semalam sebenarnya seorang pesakit mental.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, anggota JSPT yang sedang melakukan rondaan dimaklumkan tentang kejadian kira-kira jam 3.35 petang dan segera bergegas ke lokasi.


Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki menunaikan solat di tengah jalan sambil diawasi oleh polis trafik.


“Anggota kemudiannya mendapati seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat yang kemudiannya dipujuk lalu dibawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk menenangkannya.

“Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan dia juga memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, semakan lanjut mendapati dia merupakan pesakit psikiatri di Hospital Selayang yang telah melarikan diri dari wad.

“Pihak Hospital Selayang yang dihubungi kemudiannya menghantar ambulans ke lokasi dan membawa lelaki tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujar beliau.



Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang anggota polis trafik dirakam sedang mengawasi lalu lintas sambil seorang lelaki dilihat sedang menunaikan solat di tengah jalan raya.

Kejadian yang dirakam kamera papan pemuka pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memuji tindakan anggota polis berkenaan membiarkan lelaki tersebut selesai solat terlebih dahulu sebelum mengalihkannya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mh17 14-10-2021 10:15 PM
Adui.smoga cpt sembuh
Quote MontanaHannah 14-10-2021 11:44 PM
kesian

patut yang cucuk vaksin nakharom corona yang gila mausk wad sakit otak !
Quote ultra78 15-10-2021 07:35 AM
Baguslah tak lupa solat.
Quote KamikuP 15-10-2021 10:15 AM
Bagus polis tu bagi pesakit tu habiskan solat dulu. Sian dia sakit mental
Quote Supersirap 15-10-2021 11:03 PM
Semoga pesakit tersebut mendapat kesembuhan seperti sediakala
Quote shernazz 16-10-2021 11:08 AM
Teringat plak cite tiada tajuk ke apa
Azan pkl 9 pagi..terus penduduk datang ke surau tengok sapa azan pkl 9 pagi
Yang bilal memerut kat toilet
Hahhahaa
Quote Artemesiaa 16-10-2021 11:19 AM
Nasib pengguna jalanraya ramai yang masih perihatin sama2 bantu keadaan elakan berlakunya kemalangan
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:27 PM
Dapat kat mak iol
Mesti sheol kata niii haaa orang sakit mental pun solat
Quote stingerharp 17-10-2021 06:14 PM
nakkomenjugak replied at 17-10-2021 03:27 PM
Dapat kat mak iol
Mesti sheol kata niii haaa orang sakit mental pun solat

she has problem with her own kids keww?
Quote edayildiz 19-10-2021 10:51 PM
kesian pulak tengok..semoga abg tu kembali sht
Quote ardent91 19-10-2021 11:18 PM
bangang punyer netizens2 malay failed matapelajaran agama kat sekolah dulu..ape ke dok puji nya lah anggota polis yg sama bebal tu biarkan org psiko tu solat kat tgh jalan.. sah2 solat kat kawasan lalu lalang + mendatangkan bahaya adalah dilarang oleh Rasulullah saw.. even aku ni xderla islamik sgat, tp at least aku taw bab yg satu ni sbb aku ingat ustazah aku pernah citer pasal ni kat skola dulu: https://muftiwp.gov.my/artikel/a ... -kita-lakukan-solat

bukan benda yg harus dipuji pown.. patot polis tu heret mamat mental tu ke tepi jalan kat tmpat yg lebih selamat awal2 lg... barulah agama kita ni x dipandang serong and jumud especially oleh org agama lain..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048808 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top