CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaja Cerita Buruk, Curi Barang Kemas- Puteri Sarah Bengang Dengan Lisdawati

15-10-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7333| Komen: 41

Pelakon Puteri Sarah, 36, memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram.


Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia terkejut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap ke Malaysia dengan bantuan pihak tertentu.


Foto: Harian Metro

"Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniannya dengan pengakuan itu. Tolak tepi mengenai perkara buruk dilakukannya pada saya sebelum ini, tapi niat dia mahu ikut 'jalan belakang' ke negara ini memang membimbangkan.


"Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh. Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti Covid-19 di kampung halamannya. Jadi, saya risau apabila bukan saja dia nak masuk secara haram, tapi dengan virus sekali dibawanya. Saya mohon sangat pihak berkuasa memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan haram sebegitu," katanya.

Pelakon filem Tipah Tertipu ini berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama dua tahun sempat berbuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.

Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburukkan namanya serta mencuri barang kemas miliknya.

"Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali. Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian calitan dibuatnya tidak lepas di lapangan terbang.

"Apabila tiba di Indonesia, saya mendapat tahu dia rupa-rupanya sempat memburukkan saya depan kawan-kawan saya. Bahkan, dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu Ringgit dengan menawarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya.

"Lebih mengejutkan, dia turut mencuri barang-barang kemas milik saya. Itu pun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mendedahkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia," katanya.

Puteri Sarah juga mengakui kes ini bukan yang pertama dialaminya apabila pembantu rumahnya melarikan diri.

Bagaimanapun, dia terkilan kerana perbuatan Lisdawati adalah paling teruk.

"Selama dua tahun bekerja dengan saya, dia seorang pembantu yang sangat baik. Bahkan, saya menjaganya dengan baik, bagi keperluan cukup dan sentiasa berikan dia pelepasan untuk pulang kampung. Tak sangka rupa-rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini. Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh," katanya.

Terdahulu, pelakon itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Stories. Dia turut memuat naik gambar pasport wanita berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 15-10-2021 09:31 AM
choiii tajuk...hahahaaa dah kenapa ps nak merajuk dgn lisda...royani baca thread terus meloncat kegembiraan terkenang kisah dalam kolam
Quote caramello 15-10-2021 09:56 AM
Ya ampunnn..kok lisdawati dh jd bibik skg ya
Quote buragazz 15-10-2021 09:58 AM
princessmiang replied at 15-10-2021 09:31 AM
choiii tajuk...hahahaaa dah kenapa ps nak merajuk dgn lisda...royani baca thread terus meloncat kege ...

Kan.. nasib firewall aku tebal klu tak tadi dah aku nak kata tak habis2 si Lisdawati...
Quote Nnasda53 15-10-2021 10:04 AM
Lahaiiiii tajuknya mengundang..mati2 ingat Lisdawati binik Pauzi
Quote krustykrab 15-10-2021 10:07 AM
Terkejut aku baca tajuk..ingat pelakon lisda
Quote KamikuP 15-10-2021 10:24 AM
Tajuk mengundang.. mujur tak cerca Lisda dan lakinya itu di pagi Jumaat yg ceria ini
Quote toet2meoww 15-10-2021 10:29 AM
tajuk pun, kemain lagi.
Quote puanbintang 15-10-2021 10:40 AM
dua tiga kali baca tajuk..ingatkan lisdawati pelakon tu dah..
Quote marchikobonzo 15-10-2021 10:46 AM
Kahkah..baru semalam baca pasal lisda kat benang rude, ingatkan orang yg sama pulak buat onar kat ps..kesian lisda..asyik tersedak sehari dua ni
Quote NFBZCantik 15-10-2021 10:48 AM
tajuk mengundang sungguh eh
Quote tipah89 15-10-2021 11:14 AM
ingat lisdawati minik croc malaya
Quote Carcosa 15-10-2021 11:21 AM
Barua je tajuk
Quote Rdizz 15-10-2021 11:49 AM
Elok lah senaraihitam kan, takut nnti ramai yg terkena dgn minah indon tu, bahaya maid jahat, rmh ditinggal  kpd maid utk org yg bekerja, apa lagi kalau ada ank2 kecik, patut ada sistem yg rekod sejarah maid luar, tapi sistem pun x guna kalau masuk cara haram.
Quote princessmiang 15-10-2021 12:03 PM
Rdizz replied at 15-10-2021 11:49 AM
Elok lah senaraihitam kan, takut nnti ramai yg terkena dgn minah indon tu, bahaya maid jahat, rmh di ...

indon memang jahat. pastu nak cari gaduh dgn malaysia cakap kita kaki claim, negara giveaway. padahal diorang tu miskin merempat tak tentu hala datang mengems cari duit kat malaysia. perangai cam iblis
Quote ezacbee 15-10-2021 12:06 PM
Tertipu tipah. Ingatkan pelakon lisda koknya bibik.
Quote squeeze 15-10-2021 12:12 PM
hahahaha...ko punye tajuk mmg boleh mendatang kan caci maki netizen
Quote kaklimahcomot 15-10-2021 12:38 PM
adehhhh.. aku baru nak  taip. dulu gaduh ngan ritrud, pastu sharnaaz, skrg sarah plk.. puikkk..
Quote syamzana 15-10-2021 12:49 PM
takyah la renew permit bibik tu. nsb la dia bwk lari brg kemas, kalo dia sailang toklaki mcm trisna&friska lagi haru. dasar indon tak sedar diri. dlm nak cari rezeki, dan lg buat onar.
Quote TomyamPuteh 15-10-2021 01:14 PM
Mau meloncat si Fauzi Nawawi mula2 baca tajuk ni. Click bait betul la.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.091260 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top