CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang, Punca Tentera Mati Ditikam Sembilan Kali

15-10-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10687| Komen: 144

Perasaan cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam seorang pesara tentera yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, kelmarin.


Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dalam keadaan hampir membusuk dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badan lelaki itu.

Difahamkan, lokasi penemuan mayat mang­sa terletak di jalan pintas dari Selama ke Gerik melalui Banjaran Titwangsa dan merupakan kawasan sunyi selain jarang dilalui kenderaan.


Kosmo

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu membabitkan kes seorang pesara tentera yang dilarikan secara paksa dari rumahnya di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.


Menurut beliau, mangsa dilarikan dua individu termasuk seorang anggota tentera di hadapan rumah pada pukul 3 petang Ahad lalu.

“Ketika kejadian, kedua-dua suspek bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera.

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian,” katanya di sini semalam.

Menurut Mior Faridalathrash, pemeriksaan pada mayat mang­sa menemui sembilan kesan tikaman yang dipercayai menggunakan senjata tajam.

Katanya, lima tikaman dikesan pada bahagian belakang badan mangsa, manakala empat tikaman lagi pada bahagian hadapan.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana suspek yang juga anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, tinjauan pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HRPB mendapati, beberapa ahli keluarga mangsa berkumpul sementara menunggu hasil bedah siasat daripada pasukan perubatan.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk menemu bual isteri mang­sa tidak berjaya selepas wanita berkenaan enggan ditemui.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 15-10-2021 11:49 AM
macam2 kes tentera sekarang ni ye.. bunuh diri, bunuh orang..
Quote noor2 15-10-2021 11:58 AM
Bini orang tu x kena bunuh ke?..
Quote stingerkotex 15-10-2021 12:07 PM
noor2 replied at 15-10-2021 11:58 AM
Bini orang tu x kena bunuh ke?..

kau suka spesis kita semakin pupus kewww?

kau sorang nak hidup?

doa kheunz la yg baik baik...like semoga diberi keampunan dan dibuka pintu taubat keww...walaupun bukan bermaksud kita condone kemungkaran...
Quote awanysss 15-10-2021 12:11 PM
mcm legit ceritanya.
my friend tentera dia ckp dorang byk sgt "energy" sbb tu suka mencurang..
Quote Babai 15-10-2021 12:26 PM
Bodoh dua ekor tu. Tak pasal2 gelap masa depan.
Quote syamzana 15-10-2021 12:38 PM
sibini jugak aman2 nanti menikah lain lepas skendel mati, laki masuk jail. lagi bagus kalo pencen silaki dpt kat bini. eh ke kalo kes gini auto xdpt pencen askar lgpun baru 31 suspek.
Quote sukacactus 15-10-2021 01:14 PM
Mmg betul cari nahas la kalau betul kacau bini org
Teringat plak kes arwah along spoon dl
Quote RinIna 15-10-2021 01:14 PM
Mendapatlah carik pasal dengan askar
Quote Babai 15-10-2021 01:18 PM
syamzana replied at 15-10-2021 12:38 PM
sibini jugak aman2 nanti menikah lain lepas skendel mati, laki masuk jail. lagi bagus kalo pencen si ...

Dua2 yang terlibat tu bongok. Terutamanya kawan si laki dia yang pun askar jugak tu.
Quote gideoncross 15-10-2021 01:48 PM
LoveSungmin replied at 15-10-2021 11:49 AM
macam2 kes tentera sekarang ni ye.. bunuh diri, bunuh orang..

Iol plak sllu rsa hairan knpa golongan askar ni suka ada scandal & suka cri prmpuan lain sdgkn dh ada bini. Entah apa lgi yg xpuas hti tu, x thulh.
Quote gideoncross 15-10-2021 01:49 PM
awanysss replied at 15-10-2021 12:11 PM
mcm legit ceritanya.
my friend tentera dia ckp dorang byk sgt "energy" sbb tu suka mencurang..

Jgn cri laki dri golongan askar, ni mksud iol yg dh terang2an nmpk, krjanya asek nak scandal je.
Quote gideoncross 15-10-2021 01:50 PM
syamzana replied at 15-10-2021 12:38 PM
sibini jugak aman2 nanti menikah lain lepas skendel mati, laki masuk jail. lagi bagus kalo pencen si ...

Suspek tu msing2 stahun & 3 thun lgi tua dri iol, seram lgi mnyeramkn, dh brani bunuh org.
Quote Firenzza 15-10-2021 02:19 PM
awanysss replied at 15-10-2021 12:11 PM
mcm legit ceritanya.
my friend tentera dia ckp dorang byk sgt "energy" sbb tu suka mencurang..

Sbb hari2 kunyah tongkat ali dlm hutan kah dis?
Quote LoveSungmin 15-10-2021 02:53 PM
gideoncross replied at 15-10-2021 01:48 PM
Iol plak sllu rsa hairan knpa golongan askar ni suka ada scandal & suka cri prmpuan lain sdgkn dh  ...


dulu i ingatkan sebab pjj tapi yang duduk serumah dengan bini pun mencurang juga.. selain tu, ada juga yang mencurang masa bini tengah preggy.. pendek kata, kalau nak mencurang memang banyak alasan.. hahaha
Quote jahcomel 15-10-2021 02:59 PM
Mnde biasa je bini curang laki curang dlm tentera nih
Quote imanjannah 15-10-2021 03:51 PM
sukacactus replied at 15-10-2021 01:14 PM
Mmg betul cari nahas la kalau betul kacau bini org
Teringat plak kes arwah along spoon dl

kan.. baca ni terus teringat kisah along spoon
Quote syamzana 15-10-2021 03:56 PM
gideoncross replied at 15-10-2021 01:50 PM
Suspek tu msing2 stahun & 3 thun lgi tua dri iol, seram lgi mnyeramkn, dh brani bunuh org.

hati2 uols cari pasangan. mcm2 peel tak semenggah jantan skrg.

eh sorry iols tertekan report la...hanat sgguh la layout baru ni.
Quote KamikuP 15-10-2021 04:13 PM
Cari psl ngan tentera kan dah mendapat.. yg bini org tu cun sgt ke pun sampai membirah dan berselingkuhan gitew?
Quote prettyuglybabe 15-10-2021 05:37 PM
buat kerja tak clean..

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060028 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top