CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila Cekik Darah! Restoran Salt Bae Jual Satu Tin Coca-Cola RM58

15-10-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8166| Komen: 125

Restoran milik chef selebriti Salt Bae yang baru dibuka di London dilaporkan ‘cekik darah’ apabila harga makanannya tidak masuk akal.

Mana tidaknya, semangkuk salad dijual pada harga 23 pound (RM131), satu hidangan jagung manis berharga 12 pound (RM68) dan satu tin air Coca-Cola, 9 pound (RM58).


Kredit foto: IG Salt Bae

Namun, kisah seorang pelanggan yang perlu membayar bil berjumlah 37,000 pound (RM210,899) ketika di makan restoran berkenaan menarik perhatian ramai.

Berdasarkan resit pembayaran yang dimuat naik dalam media sosial, antara menu yang ditempah pelanggan itu termasuk stik ‘golden tomahawk‘ berharga 850 pound (RM4,841), 16 ketul baklava berharga 400 pound (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga 30 pound (RM171).


Selain itu, pelanggan berkenaan juga menempah sejumlah hidangan sayuran bernilai 12 hingga 18 pound (RM68 hingga RM102) termasuk cendawan dan brokoli.

Selebihnya, pelanggan tersebut membelanjakan duitnya untuk membeli minuman beralkohol berjumlah 30,620 pound (RM174,474).



Kredit foto: Twitter

Biarpun ramai menyifatkan hidangan di restoran itu sedap, namun masih tidak berbaloi dengan harganya yang terlalu mahal.

Namun, ada juga yang berpandangan sebaliknya, malah restoran itu didakwa memadam semua komen negatif yang dimaklumkan pelanggan mengenai kualiti dan rasa hidangan yang disediakan.

Harga tidak masuk akal itu secara tidak langsung menjadikan restoran Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce Erzurum menjadi popular dalam kalangan rakyat Britain.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 15-10-2021 01:10 PM
Iqbal ex Dato Vida.. sila lah makan sini.. cakap kaya kan...
Quote mesmerize 15-10-2021 01:25 PM
wow..sekali santap je dah bole beli sebiji rumah kos sederhana kat malaysia
Quote Mulotkoyak 15-10-2021 01:38 PM
Ibarat aku makan sebijik kondo di pinggir keyell rase nye.. Kenyang x?
Quote makadek 15-10-2021 01:38 PM
Apo nk bangga makanan barat yg tasteless ,dry dn segitu je tk de warna warni minyak2 lemak2 berladong  boring tau
Quote bellaamsar 15-10-2021 01:39 PM
Sape2 yg ada duit banyak tak tau nak buat ape tu boleh la dine in sini
Quote nolya 15-10-2021 01:52 PM
Nasib baik bukan di M'sia.  Setakat nak makan2 di resto trs, terpaksalah pulak nak kena terbang ke London sane, dah terlebih2 duitlah gamaknya ye. Masakan barat di tekak orang melayu ni belum tentu mencapai  harapan seberbaloi harga yg dibayar.  Kerabat  kayangan Arab, Brunei dn mungkin seorang dua dari M'sia, mampu je. Itu pun mereka yg JJCM di London.  
Quote nolya 15-10-2021 01:55 PM
Mooverine replied at 15-10-2021 01:10 PM
Iqbal ex Dato Vida.. sila lah makan sini.. cakap kaya kan...

Ko jangan...... entah2 dia ada share kat resto tu.
Quote ultra78 15-10-2021 01:58 PM
Wine mahal tu.
Quote Firenzza 15-10-2021 02:13 PM
Tomahawk vs wagyu mna lbh sedap?
Quote azie5zoe 15-10-2021 02:14 PM
Makan nasi panas, ikan masin, sambal belacan ulam petai lagi berbaloi, lagi2 iols ni spesis nak nasi, pergi makan makanan western macam mana sedap sekalipun balik rumah menggagau cari nasi. Kalau dah rasa kaya sangat pun mungkin takde kot nak makan tempat cemtu.
Quote naina 15-10-2021 02:27 PM
Memang mahal pun
Tengok dia masak penuh butter
Butter tu bukan sihat pun
Mungkin bau dia wangi sedap la
Baik lagi bagus minyak sawit kita
Kaya vitamin e
Dia dah femes satu dunia..haruslah dibayar mahal atas usaha membina branding dia tu
Quote Supersirap 15-10-2021 02:54 PM
Jika berkemampuan apa salahnya mencuba
Quote annehuda 15-10-2021 02:56 PM
aku baca rebiu kedai die sbnrnye tak sedap pun. pastu kalau nak panggil dia buat aksi tabur garam tu kene bayar ye bkn die free free je buat show
Quote c===8 15-10-2021 03:09 PM
org duit terlajak lebih mmg tak heran bayo mahal2 utk makan, tak terfikir pun mknan tu sama harga dgn rumah
Quote shark_eow7 15-10-2021 03:10 PM
mahal itu yg menjadi terkenal. tapi personal life chef ni private betul yea..
Quote Samerosie 15-10-2021 03:13 PM
Bayar £850 for a tomahawk takanlah setin coke 9 quid tu pun berkira.
Quote venomie1 15-10-2021 03:18 PM
azie5zoe replied at 15-10-2021 02:14 PM
Makan nasi panas, ikan masin, sambal belacan ulam petai lagi berbaloi, lagi2 iols ni spesis nak nasi ...

setuju..makan ratus2 western food last-last balik singgah kedai mamak minum teh tarik dengan roti kosong banjir
Quote vee_zara 15-10-2021 03:22 PM
Tak lalu la tengok how dia prepared the food..[em:7:]
Quote Dwdrum 15-10-2021 03:28 PM
Firenzza replied at 14-10-2021 10:13 PM
Tomahawk vs wagyu mna lbh sedap?

Golden tomahawk dia guna wagyu tomahawk.... And letak gold 24k leaf..... Gold leaf bukan mahal pun... Boleh beli... Wagyu tomahawk cost around rm500....his restaurant food biasa saja... Sebab dia famous and skilled cutting meat jadi over price..

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top