CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Orang Hilang Tempat Berteduh, Rumah Hangus Dibakar Ahli Keluarga Tak Waras

15-10-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1434| Komen: 12

Lapan penghuni dari dua buah rumah hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka disyaki dibakar salah seorang ahli keluarga yang mengalami masalah mental di Tanjung Sedili, di sini.


Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.49 pagi membabitkan rumah beralamat di Jalan Konkrit Perikanan Tanjung Sedili sebelum menghantar 18 anggota termasuk dari BBP Bandar Penawar ke lokasi.

Katanya, kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis struktur kekal bersambung yang masing-masing berkeluasan 18 kaki x 25 kaki persegi.

Foto: Utusan Online

“Kedua-dua buah rumah berkenaan dihuni seramai lapan orang daripada dua buah keluarga yang mempunyai hubungan persaudaraan.


“Hasil maklumat awal diterima kebakaran telah disedari apabila salah seorang penghuni yang mempunyai masalah mental memaklumkan kepada kakaknya yang beliau telah membakar rumah tersebut.

“Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 15-10-2021 01:41 PM
Silap la pegi bagi orang mental duduk sekali. Fah banyak kejadian macam ni terjadi. Even kejadian yang membunuh2 pun ada.
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:42 PM
Teringat kes adik kawan iol...
Schizo, paranoid
Mak pak da tua tapi anak pulak ada masalah kesihatan mental
Akak2 abang dah malas nak jaga
Quote midori_katana 15-10-2021 09:49 PM
Aduhai.. mujuq tak dak yg hilang nyawa
Quote edayildiz 15-10-2021 10:49 PM
kesiannya sskjp lg..
kalau org mental xblh tak mkn ubat..jd nk mengamuk jer..agaknya xmkn ubt kot..bahaya..kalau letak kt tmpt org gila blh ke org gini..serba salah kan.
Quote syidasaleh 16-10-2021 09:39 AM
Johor kan? Ke families tu asal dr sskjp
Quote Artemesiaa 16-10-2021 09:44 AM
Orang mental ni kena dapatkan bantuan pakar untuk pulihkan harap family je jaga boleh mendatangkan bahaya macam dalam kes ni
Quote naina 16-10-2021 10:29 AM
Memang musim rumah terbakar dek perangai mental ke? Kesiannya ahli keluarga yang ada family member penagih dan mental. Dua2 ni sangat merbahaya dibawa tinggal sekali. Tak leh trigger habis la nyawa kita terancam.
Quote imanjannah 16-10-2021 12:53 PM
siannya
Quote ikanmasin 16-10-2021 04:49 PM
tu nsb baik dia bgt jg..kalau diam2 jer tak sedar bahaya jg kan..
Quote matamata 16-10-2021 05:15 PM
It's not easy, cakap mmg senang... Bukan family kita, aku pun setuju kalau org tak siuman ni hantar ke hospital bahagia, tp kalau jadi kat family aku,  agak susah nak komen sebenarnya
Quote Thunderclouds 16-10-2021 06:21 PM
Sbb sampai la masyarakat masih xcakna pasal bahaya masalah mental baik pd pesakit @ pd ahli keluarga. Menda dh jd stigma masyarakat pndang buruk kt org gila / hospital gila. Biaq sakit mcm ni goes untreated ibarat mngundang musibah. Igt blk kes2 dlu. Mak pn boleh p sembelih ank sendri. Bringt la masing2.
Quote raxief 18-10-2021 02:45 PM
err kat sedili rupanya.. baca tajuk je kat fb, ingat kat negeri lain

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.084798 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top