|
Kegiatan scammer semakin menjadi-jadi hingga ada yang menggunakan imej dan nama selebriti atau figura terkenal tanah air.
Pendakwah bebas dan usahawan terkenal, ustaz Don Daniyal juga tidak terlepas dari menjadi mangsa. Menerusi tangkap layar perbualan mesejnya bersama scammer di WhatsApp, scammer tersebut menggunakan fotonya berserban sebagai gambar profil dan menghantar mesej meminta wang berjumlah RM3,750 sambil mengatakan akan membayar semula wang sebelum solat Asar.
Difahamkan, scammer tersebut menggunakan fotonya dan nama wanita yang tidak dikenali bagi menipu mangsa. Melihat perkongsian ustaz Don di Instagramnya, warganet meluahkan rasa marah terhadap scammer dan berkongsi pengalaman menerima mesej serupa di ruangan komen. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.473780 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.