CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Lega Dapat ‘Green Light’ Buat Majlis- "Kami Cadang Letak Rela Di Dewan"

18-10-2021 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2565| Komen: 17

Selepas lama menanti, akhirnya usahawan industri sosial termasuk perkahwinan menarik nafas lega apabila sektor itu dibuka semula di beberapa negeri yang bertukar ke fasa 4 bermula Isnin ini.


Penyanyi Mila Jirin, 33, yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata, pihaknya kini dalam proses mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.


Foto:IG

"Alhamdulillah saya di Bizmilla dan semua usahawan yang berada dalam industri sosial dapat menarik nafas lega.


"Industri kami akhirnya dapat dibuka setelah hampir setahun lapan bulan terkandas. Insya-Allah, kami sedang persiapkan SOP yang lebih ketat.

"Kami cadang untuk meletakkan pasukan rela bertugas bagi setiap dewan untuk menyemak status vaksin serta status terkini MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan," katanya kepada mStar.



Pada Jumaat, majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dan kenduri kendara dibenarkan bermula 18 Oktober depan di negeri yang kini dalam Pelan Pemulihan Negara fasa empat.

Negeri yang dalam fasa empat iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Labuan.

Menerusi laporan mStar pada 5 Oktober lalu, Mila tampil menyuarakan mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang masih berasa was-was membenarkan majlis sosial beroperasi.


Mila, 33, berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.

Dalam pada itu, Mila berharap dengan pengumuman kerajaan mengenai tahap vaksinasi negara dapat memberikan keyakinan semula kepada pelanggan untuk mengadakan majlis sosial.



"Insya-Allah dengan pengumuman daripada kerajaan tentang tahap vaksinasi negara dan jumlah kes harian yang semakin menurun beri keyakinan kepada para pelanggan.

"Mereka yakin untuk menjalankan majlis mereka bagi meraikan saudara mara terdekat dan sahabat handai.

"Seperti di Bizmilla, kami juga telah menukar corak perniagaan kami kepada lebih flexible mengikut bajet peruntukkan pelanggan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 18-10-2021 09:30 AM
Aku ingat dia mmg tgh susah teruk sangat tapi dapat gak dia g langkawi.
Kira masih ada la duit kan igt cukup2 utk makan bulan ni je.
Quote mamajawie 18-10-2021 09:37 AM
takde duit tapi bercuti gi langkawi..puihhhhhhhh propaaa
Quote dudaberhias 18-10-2021 09:54 AM
Itulah, kata takde duit tapi boleh pulak engkooo bercuti dikkk
Quote TerataiMelur02 18-10-2021 09:58 AM
Propa jugak minah ni.
Takde duit tu maksudnya nak bercuti pun tak boleh. Apooo
Quote debab_78 18-10-2021 10:54 AM
"Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata, pihaknya kini dalam proses mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin."

Dalam proses siapkan? abis tu selama ni dok buat apa? Takleh rancang siap2 ke..
Quote airmineral 18-10-2021 01:24 PM
beza betul definisi "xde duit" style mila dgn rakyat marhaen lain
Quote mzzenma 18-10-2021 03:56 PM
komik japen tu mmg sesuai utk dia
haritu meratib bagai itu ini, hujung2 pi langkawi
Quote missbigrockstar 18-10-2021 03:59 PM
Ok Mila pi berniaga leklok. Boring dah tgk kau buat live menangis di sosial media
Quote cmf_jeangrey 18-10-2021 04:08 PM
Road to 50 property...tasabar dah nampaknya tu

Quote exclusive_vvip 18-10-2021 04:18 PM
mzzenma replied at 18-10-2021 03:56 PM
komik japen tu mmg sesuai utk dia
haritu meratib bagai itu ini, hujung2 pi langkawi

Kannnnn…mmg ada la org2 sebegitu sebenarnya..
Quote raxief 18-10-2021 04:27 PM
mila bijirin ni kepoh gak ye kat medsos
Quote sofinamini 18-10-2021 04:54 PM
semoga berhenti meroyan ok
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:37 PM
So komik japen tu ala2 hint pasal si milo ehhh si mila ni gituuuu

#yaaaioltahuramailagimacammila
Quote LadyCarefree 18-10-2021 11:57 PM
Apa kecoh. Dia kan dpt 70k sebulan lepastu 30k sebulan bantuan kerajaan. Rumah ada 10 jual dua tiga. Tamak bebenor dah kenapa?
Quote haifawehbe 19-10-2021 08:25 PM
iols paling malas nk pegi jemputan kawen kalau dekat bizmilla.. makanan x sedap langsung harapkan grand jer lebih.. paling suka kalau majlis dekat n9 makanan sedap2..
Quote Piramida 19-10-2021 09:50 PM
Bkn dia dulu2 pun marhein ke? Then masuk contest nyanyi2 reality show tu.
Di uji sikit jd org tak berduit pun meroyan2.... sabar lah sikit.
Apapun, next bakalan mendunialah kumpul duit balik, business dah boleh on tu.
Quote lyshafull 19-10-2021 11:04 PM
Org kaya diuji sekejap meroyan mcm xde langsung harta dh okay terus po bercutii ppfffttt

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038837 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top