CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eric Floor88 Terima Tawaran RM500k, Tolong Iqbal Jadi Penyanyi- "Syaratnya Masuk Kelas Vokal Dulu"

18-10-2021 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4166| Komen: 28

Ibarat mendapat 'durian runtuh', ahli kumpulan Floor88, Eric tidak menyangka mereka dihubungi usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli bagi merialisaikan impiannya mendapatkan sebuah lagu.


Eric atau nama sebenar Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, yang dihubungi Iqbal pada pagi Jumaat memberitahu ahli perniagaan asal Kelantan itu meminta bukan sahaja satu, malah lima buah lagu untuk dirinya.

Foto: IG


"Pagi tadi Iqbal ada hubungi saya dan Achoi tanya pendapat nak buat lagu, dia dapat nama kami dari komen-komen di Facebook.

"Iqbal kata ramai komposer lain mesej dia nak buat lagu... sebenarnya saya dah lama kenal Iqbal sejak di ASWARA lagi, sebab tu saya terpanggil untuk bantu dan nasihat dia mengenai industri muzik.


"InsyaAllah lagu hasil ciptaan Achoi, lirik oleh Eric sendiri. Kita akan berjumpa dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai lagu ini dan lagu akan dibuat secepat mungkin," katanya ketika dihubungi mStar.



Sementara itu, Eric memberitahu dia bersetuju menerima tawaran itu bukanlah disebabkan jumlah bayaran RM500,000.

Sebaliknya, dia hanya ingin membantu Iqbal supaya tidak menjadi mangsa penipuan orang lain.

"Semasa dia telefon tu saya cuma nasihatkan dia jangan membazirkan RM500,000 untuk buat lagu sahaja.

"Dia kenalah tahu kos sebenar dan target market untuk lagu itu... Iqbal terharu sebab kami jujur dan dia lock terus lima job projek lain selepas ini.



"Saya tak nak makan RM500,000, mungkin ada yang ghairah tengok angka dan duit sebesar itu, tapi sedarlah tak berkat ambil kesempatan.

"Lagi pun kenapa nak bazir keluarkan duit sebanyak itu untuk buat lagu pasaran Malaysia sahaja. Saya minta bayaran harga semasa, memang tak ambil lebih pun. Angka RM500,000 itu boleh buat banyak projek lain lagi selepas ni.

"Tapi saya letak syarat dekat Iqbal, dia kena ambil kelas vokal," ujarnya.

Pada Rabu lalu, Iqbal memaklumkan dia menerima banyak mesej daripada komposer yang menyatakan hasrat mahu menghasilkan lagu antaranya Caprice dan komposer terkenal dari seberang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 18-10-2021 08:43 AM
juara nasyid negeri kelantan
naik juara peringkat negara kot..
takkan nak kena masuk kelas vokal..

suara iqbal tu wow tauuu....
Quote midori_katana 18-10-2021 08:51 AM
iols minat eric. suka tgk lakonan dia dlm VC.. hahha..
Quote pekanwoohoo 18-10-2021 09:25 AM
laksmanabentan replied at 18-10-2021 08:43 AM
juara nasyid negeri kelantan
naik juara peringkat negara kot..
takkan nak kena masuk kelas vokal..

Adalah tu kena tune mana mana dulu kalau nak buat lagu betul betul.
Ibarat kereta dah lama tak jalan lah, kena tengok part mana elok, part mana kena tukar. Kena test drive dulu baru boleh jalan jauh.

Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:40 PM
Laaaaa heol sebaya iol kahhh?

Mesti kebal masuk kelas vokal sambil make it rain kan?
Quote hasniey 18-10-2021 06:17 PM
Iqbal mcm xsuka kan disuruh masuk kelas vocal..konon nak jd penyanyi betul2.tp suh g kelas vocal je dh merungut
Quote JunkMail 18-10-2021 06:26 PM
Serius lah kita kena mengadap sampah ni jadi penyanyi
Quote ezacbee 18-10-2021 07:03 PM
Ingatkan lepas lagu si terlajak laris, si muah2 dah senyap.
Rupanya ada lagi.

Quote anony-mous 18-10-2021 07:25 PM
laksmanabentan replied at 18-10-2021 08:43 AM
juara nasyid negeri kelantan
naik juara peringkat negara kot..
takkan nak kena masuk kelas vokal..

Naib juara bukan naik juara.

Mati2 i ingatkan netizen ckp kebal juara nasyid tu sbb depa perli kebal walaupon suara sedap, mmg kena masuk kelas vokal. Masuk kelas vokal bukan bermakna suara x sedap tp more to belajar teori2 n mantapkan vokal, control nafas etc
Quote MarryPottet 18-10-2021 07:45 PM
Edited by MarryPottet at 18-10-2021 07:47 PM

Kalau jadi ejen dobi duit scammer, mampuihlah ko dua kena siasat jugak jika scammer terkantoi in future
Dan yg paling menggerunkan, ko kena hadap jari2 puaka netizen yg mengecam seperti tiada hari esok
Quote kitmal 18-10-2021 07:58 PM
ada duit semua boleh jadi...suara sumbang ke laut pun..autotune boleh baiki....untung untung..kat malaysia viral..macam AS dan DSV ...
Quote dudaberhias 18-10-2021 07:58 PM
ye ye lah tu.... basinya gosip...
Quote samshik 18-10-2021 08:24 PM
500k tu ko derma buat mesjid pun ada pekdah dikk..
Quote 4cupcakes 18-10-2021 09:59 PM
hasniey replied at 18-10-2021 06:17 PM
Iqbal mcm xsuka kan disuruh masuk kelas vocal..konon nak jd penyanyi betul2.tp suh g kelas vocal je  ...

Dia nak lagu dia viral cukup.. vokal isu ke2.. ala2 dibah..bamjat.. tokri.  Motip nak join kelas vokal
Quote dudaberhias 18-10-2021 10:04 PM
Tak tanya dan tak berminat sebab tak herlokkkkk punnnn. Iols singgah sini nak beliakkan bijik mata hantar penyakit ain je. Pratice makes perfect
Quote dudaberhias 18-10-2021 10:06 PM
Btw eric tu memang nama betul dia ke? Iols suka tengok dia berlakon dulu masa kecik...
Tapi nama eric tu very the european, sekali tengok tuan badan, jhowo theemor hidung jambu rupanya. Kus semangat.

Jom ikut kaka ke pattaya, kita kuruskan badan dan tiruskan hidung. Boleh la guna balance 500K tu buat seluruh wajah nanti. Murah rezeki kebal.
Quote luvly_snow8608 18-10-2021 10:12 PM
Suruh kebal baca surah ruqyah buang setan dalam badan jelaaaaa. Sian sampai nangis2 acik bida risau ke kebal kene sihir. Nie nak jadik penyanyi pulak, makin bertambah setan la dalam badan kebal lepasnie. Kol berapa pagi pulak acik bida nak g umah kebal lagi & berapa banyak cincin pulak sheols kene beli???
Quote adeqbun 18-10-2021 10:17 PM
Org dh nak bayar 500k tu hamik je la dik oiy..lantak la die nak membazir pon..ko amik duit tu pastu ko p buat amal jariah..
Quote silampumeja 18-10-2021 10:42 PM
Baik dengar lagu dd chronicles pukul 3 pagi parody iqbal ni dgn vida
Quote olezzeli17 18-10-2021 11:01 PM
Mcm kembar la pulak si Kebal dan si Eric ni bila gambar sebelah2 macam tu..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055487 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top