CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bertahun Menonton Je, Sekarang Uqasha Senrose Teruja Dapat Jadi Juri MLM

18-10-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2672| Komen: 15

Mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun pelakon cantik Uqasha Senrose tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).


Menurut Uqasha, dia teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri tetap dalam pertandingan MLM2021 selepas bertahun-tahun menjadi penonton setia rancangan tersebut.

Foto: IG


“Saya sebagai ‘mata-mata’ penonton dan seorang pelakon, saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak ‘otai’ kita. Kalau kelakar, kita gelak,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.


Tambah Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dia sangat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memilihnya menjadi juri dalam program yang dianggap cukup hebat itu.



“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada saya menggalas tugas sebagai juri tetap untuk  program yang cukup hebat ini.

“Bertahun-tahun saya memang pengikut setia Maharaja Lawak, tak pernah tinggal (menonton) rancangan ini dan saya terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka,” ujarnya.

Apabila dilantik menjadi salah seorang juri tetap dalam MLM, tunangan kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang disampaikan oleh semua peserta.



“Tahun ini saya salah seorang juri. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan terbaik yang diberikan peserta,” ujarnya.

Selain Uqasha, juri MLM 2021 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna (Astro 107) turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 18-10-2021 08:50 AM
teringat elizabeth hurley dlm film austin powers tu
long boots itew
Quote babelina 18-10-2021 09:14 AM
dia nie klau asyik blakon citer Michael Ang.. bakat nye x berkembang.. rupa itu jer la..
Quote Kancilkering 18-10-2021 11:11 AM
babelina: dia nie klau asyik blakon cite ...


dia ikut a galak….setia kat skop prouduction
Quote NFBZCantik 18-10-2021 12:00 PM
ohhhhhhhh.......
Quote missbigrockstar 18-10-2021 04:30 PM
Dah rupa mcm Adele aku nengok
Quote Pak.dolla 18-10-2021 05:27 PM
Pandai ke dia komen jd juri tu?
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:44 PM
Buruknyaaaa fesen tu
Quote Suchi 18-10-2021 06:44 PM
Edited by Suchi at 18-10-2021 06:45 PM
babelina replied at 18-10-2021 09:14 AM
dia nie klau asyik blakon citer Michael Ang.. bakat nye x berkembang.. rupa itu jer la..


Maybe pengarah lain pun asik amik pelakon yg depa biasa kejesama juga
Cuba kalau pengarah/penerbit lain tu kasi peluang kat pelakon lain juga ni rata2 balik pelakon yg sama je.
Sampai kita semua boleh kenal dah, kalau mikel ang punya sapa pelakon dia, kalau zaman david teo mendunia dulu paham la juga pelakon dia tu ada kontrak siap disediakan asrama bagai.

Iols perasan pelakon2 ni ramai je hebat berlakon tp blm ada peluang berlakon bawah mana2 direktor yg bagus je.
Sbb yg katanya A-list pun bila berlakon dengan produksi dan pengarah yg sendu pilem dorang pun tak menjadi juga cth pilem yg baru kuar baru2 ni tu.
Quote Jayayakaka33 18-10-2021 09:51 PM
X teringin nak tgk sbb ada shrek ngn ali susun
Sekian komen ku
Quote luvly_snow8608 18-10-2021 10:51 PM
Xminat iols nak follow MLM this year sebab contestant die ulang2 yang sama je.

Lawak pon dok recycle yang sama.

Quote Cikembok 19-10-2021 05:17 AM
Kenapa aku rasa body dia ni mcm dah alter byk
Quote royaldanish 19-10-2021 08:22 AM
luvly_snow8608: Xminat iols nak follow MLM thi ...


Memang takkan ada org lain pun cuols… pusing2 org sama je.. lawak sama je
Quote royaldanish 19-10-2021 08:23 AM
Maafff utk tak OT iols rasa sheols ni cantik…
Quote babycc 19-10-2021 08:58 AM
Pak.dolla replied at 18-10-2021 05:27 PM
Pandai ke dia komen jd juri tu?

X pandai.. ada aekali tu turn die komen.. die sampai x ckp apa2.. AC siap sound.. xpe uqasha.. komen dlm hati pon xpe..
Quote de_ikea 19-10-2021 04:02 PM
Improve komen2 lg sha. Jadi juri pun kena belajar

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.226817 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top