CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"KJ Nak Susahkan Golongan Anti Vaksin, Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas,"- Zul Yahya

18-10-2021 10:40 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6093| Komen: 39|Original author: Oleh: Natrahn


Baru-baru ini, Menteri Kementerian Kesihatan (KKM), Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan akan ‘menyusahkan’ kehidupan golongan antivaksin meskipun kerajaan mungkin tidak mewajibkan vaksin. 

Ini susulan wujudnya kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan terdapat guru yang enggan divaksin.

Kredit : Astro Awani

Kenyataan itu telah mengundang pelbagai respon daripada rakyat Malaysia  yang mana rata-ratanya menyambut baik dengan tindakan itu namun ada segelintir juga yang meluahkan rasa tidak berpuas hati termasuklah pelakon Zul Yahya yang sebelum ini sering memberi pandangan beliau mengenai isu diskriminasi vaksin COVID-19 ini.


Zul, 48 berkongsi mengenainya menerusi laman instagram beliau.


Menurut Zul, walaupun dia tidak mengambil suntikan vaksin namun tidak timbul masalah dalam kalangan ahli keluarga serta rakan terdekat. Dia berpendapat keputusan kerajaan itu seakan menyekat kebebasan umat untuk menjalani kehidupan dengan aman.

"Tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjenayah atau pun pengganas, mereka juga ada di kalangan orang-orang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat.

Jangan terlalu sombong dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik. Simpan perkara ini sampai ke akhirat. Insya-Allah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat."

Tambahan pula, golongan yang belum divaksin tidak sampai 10 peratus selain menganggap individu itu bukan penjenayah atau pengganas.

Tidak dapat dinafikan, tiada siapa pun yang boleh memberi jaminan bahawa vaksinasi ini boleh membebaskan seratus peratus dari kesan sampingan samada untuk jangkamasa pendek maupun jangkamasa panjang.

Namun, golongan yang memilih tidak mahu divaksin seharusnya tidak menyebarkan berita palsu yang mengancam kesihatan awam.
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 18-10-2021 10:46 AM
ada la sebab kenapa. melainkan yg sengaja x nak vaccine ni semua boleh  duduk satu pulau. lain la cerita
Quote Queenofhearts 18-10-2021 10:56 AM
Aku harap2 la KJ susahkan so sohai tu
Quote trexxxxxi 18-10-2021 11:03 AM
TT mohon edit tajuk ya
Letakkan nama Zul Yahya sekali
Quote dudaberhias 18-10-2021 11:07 AM
Get ready beliakkan bijik mata hantar penyakit ain kepada Sohai & Yayap...

Quote OyaTonggek 18-10-2021 11:16 AM
esbok replied at 18-10-2021 02:46 AM
ada la sebab kenapa. melainkan yg sengaja x nak vaccine ni semua boleh  duduk satu pulau. lain la ce ...

kann! x reti syukur. ke mmg depa nk wilayah zombie sendiri tu?
Quote slyfynx 18-10-2021 11:19 AM
trexxxxxi replied at 18-10-2021 11:03 AM
TT mohon edit tajuk ya
Letakkan nama Zul Yahya sekali

Tu la.
Ce tajuk post2 ni ade at least good detail.
Sng org nk search kalau nk bukak post baru
Quote NFBZCantik 18-10-2021 11:46 AM
Setuju sgt...

Quote melinda_kerr 18-10-2021 11:50 AM
golongan aefi pun bkn senang nk dpt approval doktor tu.please be considerate.
Quote vee_zara 18-10-2021 12:54 PM
Kesian antivaksin.. dianiaya di atas bumi sendiri.


[em:8:]
Quote airmineral 18-10-2021 01:20 PM
aritu i bc ahli parlimen pun ada yg xvaksin..apakah tindakan KJ terhadap mereka2 ni?
Quote mojarean_X 18-10-2021 03:30 PM
Edited by mojarean_X at 18-10-2021 03:33 PM

Over nowww statement ko KJ oii...Joe Biden pun x berani kuar statement mcm ni. Btw aku lebih berminat nk dgr apa Ritrud nk komen psl ni.
Quote mohdcrow 18-10-2021 03:49 PM
Dia hasut takpe...kikikiki
Quote Nenasketum 18-10-2021 04:02 PM
Cakap banyak naw retis nih, skali check, lhdn pun tak pernah bayor & ngundi pun tak pernah. Cer korang pi sewa satu pulau & pindah reramai kensana. 10% sajer maaah!
Quote abadi84 18-10-2021 04:08 PM
vee_zara replied at 18-10-2021 12:54 PM
Kesian antivaksin.. dianiaya di atas bumi sendiri.



Bumi ni kongsi bersama. Jgn nak buat kepala palatao jer klu dah brkongsi. Selfish.
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:58 PM
Boleh dahhh pindah buat penempatan ala2 Rohingya bukit malut
Quote Zeatyisaac 18-10-2021 06:33 PM
Anti vaksin susahkan rakyat lain macamana pulak?
Quote Suchi 18-10-2021 06:37 PM
Zul yahya tak suntik sebab apa ya? Masalah kesihatan ker?
Quote mamarilia 18-10-2021 06:46 PM
Padan muka... Aku ni takde masalah org tak vaksin.. tapi naik menyampah bila org2 ni asyik buat provokasi dan mcm2 fitnah, dgn ntah apa2 konspirasi.
Quote Jayayakaka33 18-10-2021 07:02 PM
Dah tau susah amikla vaksin

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033294 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top