CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Uji Kebesaran, Zakar Tersangkut Dalam Paip PVC

18-10-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2925| Komen: 24

Bangkok- Tindakan seorang lelaki yang ingin menguji tahap kebesaran saiz zakarnya dengan cara memasukkannya ke dalam tiub polivinil klorida (PVC) bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila anggota seksualnya itu tersangkut di dalam tiub tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.


Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memasukkan zakarnya ke dalam satu tiub PVC dalam satu aktiviti tidak senonoh di kediamannya di Bangkok.

Dia baru-baru ini telah mendapatkan suntikan untuk membesarkan saiz zakarnya. Tindakannya yang memasukkan zakarnya ke dalam paip PVC dibuat untuk menguji keberkesanan suntikan tersebut.

Foto: Viral Press

Ia bagaimanapun tersekat di dalam tiub itu dan mula membengkak.

Lelaki itu kemudiannya terpaksa meminta bantuan pasukan perubatan yang tiba di rumahnya untuk membantu mengeluarkan zakarnya.

Bagaimanapun, pasukan perubatan gagal memotong paip itu sekali gus memaksa lelaki itu untuk dibawa ke hospital.

Anggota bomba sukarela serta petugas perubatan di hospital akhirnya terpaksa menggunakan playar, pemotong berbentuk bulat dan gel pelincir untuk membantu lelaki itu mengeluarkan zakarnya dalam prosedur selama 20 minit.

Lelaki itu berkata, dia berasa jengkel kerana setelah mendapatkan suntikan membesarkan zakarnya, dia terpaksa pula membayar bil perubatan bagi ‘tragedi’ tersebut.

Laporan media bagaimanapun tidak menyebut sama ada zakar lelaki itu mampu berfungsi seperti biasa selepas insiden terbabit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 18-10-2021 09:52 AM
Tak tau nak cakap apa tapi nak komen gak.
Quote imanjannah 18-10-2021 09:59 AM
sakit mmg dah tentu, malu lagi, dtertawakan orang pun ye..
Quote kaoru44 18-10-2021 10:03 AM
Buat malu je kena g hsptl plak..
Xtakut effect lain ke diaorg ni..
Kang tbe2 xbfungsi..naya je..
Quote delsmomm 18-10-2021 01:46 PM
jadi terbukti berkesan la suntikan yg dia amik tu kann..

knape la pegi test kat paip pvc.. dah xde sgt ke lady boy yg boleh bantu test..
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 06:26 PM
Edited by nakkomenjugak at 18-10-2021 06:27 PM

So yang mana besar? Paip or ori lesung?
Cer try saiz lesung dengan paip pembetungan najis pulak
Quote sambaldurian 18-10-2021 08:20 PM
so maksudnya besar la tu
Quote Belibis 18-10-2021 08:23 PM
Negara yang popular jual daging mentah...tiber ko test dengan pvc...vodoo
Quote misspokoyo 18-10-2021 08:29 PM
nasib bukan kat malaysia
Quote edayildiz 18-10-2021 08:31 PM
buat malu jer la..last2 kena p sepital jgk..
bangsa apa  la tu ye..bangsa siam la kot kn
Quote belacan_gurl 18-10-2021 08:36 PM
Hahahahah padan muka
Quote Punat_button 18-10-2021 10:01 PM
kecik ja kalau boleh muat masuk paip PVC 2 inci

Quote CikYaYaYa 18-10-2021 11:09 PM
Sakit boleh malu pon boleh...
Quote squeeze 19-10-2021 05:50 PM
lol...motif test kat paip pvc???
Quote Supersirap 19-10-2021 06:35 PM
Tahap ujian yang membinasakan diri sendiri
Quote yusryimran 20-10-2021 09:38 AM
kau dah kenapa. nak buat uji kaji pun agak2 le haha
Quote ultra78 20-10-2021 09:47 AM
Size yg mana satu?




Quote copy_paste 20-10-2021 12:23 PM
salah tempat ko nak test saiz,
Quote Artemesiaa 20-10-2021 01:16 PM
Gigih sangat mendapat sudah tambah menyusahkan orang lain nak kena bantu selesaikan masaalahnya tu
Quote gideoncross 21-10-2021 03:23 AM
Kmain uol siap ada carta lagi hahahaha.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.096643 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top