CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Sorok Duit Daripada Isteri, Sia-Sia Je Akhirnya Dimakan Tikus

18-10-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2303| Komen: 24

Bangkok- Seorang suami yang menyembunyikan wang berjumlah 45,000 Baht (RM5,617) di dalam keretanya terpaksa berputih mata apabila wang tersebut digigit oleh tikus, lapor laman berita Detik.


Menurut sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pemilik akaun dengan nama @dyfo6zku7dh6, si suami menyembunyikan wang tersebut daripada isterinya dengan meletakkan wang itu di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka.

Foto: The Smart Local

Bagaimanapun selepas diperiksa, sebahagian besar wang itu telah digigit tikus. 

Lebih malang lagi, tikus-tikus tersebut juga telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lelaki itu.


Netizen yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya lelaki itu menukar wang tersebut di Bank of Thailand. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 18-10-2021 10:29 AM
Ada bideo?
Quote chinta89 18-10-2021 02:29 PM
padan la muka kedekut ngn bini
Quote Guccibamboo 18-10-2021 03:12 PM
Haha...tikus ni Tupperware pun die gigit....teringat kampung arwah atuk
Quote Dwdrum 18-10-2021 04:06 PM
Bini selalu minta duit sanggup sembunyi duit haahahaa.... Next time buka account bank jangan bagi tahu bini kan lebih mudah
Quote naina 18-10-2021 04:09 PM
Orang tamak selalu rugi..
Semakin ko sekat semakin ko miskin..
Quote mbhcsf 18-10-2021 04:14 PM
lerr siannyer.....gitu pulak ye....sabar je laaa...
Quote stingerharp 18-10-2021 04:16 PM
naina replied at 18-10-2021 04:09 PM
Orang tamak selalu rugi..
Semakin ko sekat semakin ko miskin..

Niat iteww baik utk control keborosan isteri...tapi execution kurang cerdik....

Kita harus raikhen kepimpinannya...suami pencari rezeki keluarga...dia melihat tuntutan utknya to be thrifty....tidak seperti kebanyakan dari bangsa kita..isteri jadi barua suami...keluar bekerja...si suami terbongkah dirumah goyang buah ladom dua bijik....

Kahkahkahkahkahkahkwhkah
Quote ninja9 18-10-2021 04:18 PM
nak kata kedekut laki ni tapi memang kadang ada bini tau belanja duit jer... nak beringat nak bajet tu tak ada dalam kamus, jadi kalau dah puas ajar bini tentang akaun tapi nafsu nak shopping menenggalamkan fikiran rasional maka dari famliy jd bangkrap baik coba plan b... biar bini tak tau ada duit dan bolehlah digunakan masa emergency... apa kan daya taktik tak sempurna duit jadi habuan tikus...
Quote shernazz 18-10-2021 04:38 PM
Teringat member iols.cite
Laki dia ada satu akaun ni..mmg rahsia lahh
Pastu tetiba laki dia minta.tolong buka kan online banking akaun..
Bagi password semua tetiba eh..lain
Nama.sama..tapi jumlah dlm akaun tu lain..
Hahaha
Kantoi

Sejak.tu minta.apa apa semua dapat aje..
Quote Suchi 18-10-2021 04:52 PM
Kalau bini kedekut ngn laki boleh ke

Laki tak tau bini ada simpanan rahsia
Quote stingerharp 18-10-2021 04:59 PM
Suchi replied at 18-10-2021 04:52 PM
Kalau bini kedekut ngn laki boleh ke

Laki tak tau bini ada simpanan rahsia

As long as kau  terus jadi barua suami,keluar bekerja sampai hujung hayat kau...that translates to suami kau tidak perlu work as hard as if he is the only sole provider, kau nak bukak seberapa banyak account pun bukak la...

kahkahkahkahkah
Quote mijot 18-10-2021 05:05 PM
kenapa tak buka akaun lain??
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 06:24 PM
Heheeheh tu laaa kedekkkk sangat dengan minik
Kat malaya ada tak abe2 buat gini? Keee terus disalurkan ke bank akaun skandal?
Quote ellejo 18-10-2021 06:32 PM
apak aku sorok duit dalam quran katanya takkan kene curik.
taktaula mana pegi sifat rasional dalam diri dia tu. makin tua makin tebiat
Quote lurve82 18-10-2021 06:40 PM
Blh bwk duit tu gi tukar kat bank…lain kali jgn sorok2..
Quote ezacbee 18-10-2021 09:25 PM
Guccibamboo replied at 18-10-2021 03:12 PM
Haha...tikus ni Tupperware pun die gigit....teringat kampung arwah atuk

sabun kat jamban pun digigit tinggal separuh je.

Quote underground 18-10-2021 09:36 PM
ada kes duit reput kena makan anai2, reput kena karat besi tin, etc

boleh tukar kt bank. tapi value hilang la ikut bahagian yg boleh recover.

Quote Guccibamboo 18-10-2021 10:11 PM
ezacbee replied at 18-10-2021 09:25 PM
sabun kat jamban pun digigit tinggal separuh je.

Dulu kan.....org kampung arwah atuk I g simpan duit dlm tiang rumah, die buat lubang kat tiang tu. I tau cite ni sbb mak I cite....lawaklah...mmg terkubur lah duit nye dalam tiang rumah tu ..haha
Quote edayildiz 18-10-2021 10:13 PM
jgn kedekut ngn bini tau pakcik

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037548 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top