CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Shah Rukh Khan Tekad Nak Tolong Orang Miskin Lepas Keluar Penjara

18-10-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3040| Komen: 15

Mumbai: Anak sulung 'superstar' filem Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan, 23, berjanji mahu berbakti kepada masyarakat dan akan mendedikasikan hidupnya membantu golongan miskin di India.


Hal itu dikongsikan Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang bertindak memberi kaunseling kepadanya selepas dia dipenjara sejak awal bulan ini akibat terbabit kes dadah.

Foto: IG


"Sewaktu kaunseling, dia (Aryan) berkata mahu berbakti kepada masyarakat sekarang dan siap setia untuk berkhidmat kepada negara serta golongan kurang bernasib baik," jelas pegawai NCB yang enggan identitinya didedahkan.

Pada sesi berkenaan, Aryan diberi kaunseling bersama tujuh banduan lain yang diberkas dengannya dalam kes sama.

Kaunseling untuk tahanan kes dadah adalah sesi umum yang selalu dilakukan NCB. Mereka yang pertama kali ditahan atau menunjukkan simptom ketagihan akan diberi kaunseling sebaik selesai disoal siasat.

Biasanya organisasi terbabit turut mendapat bantuan daripada pemimpin komuniti, ilmuan agama, atau golongan kehormat bagi kaunseling. Ia dipraktikkan bagi meningkatkan motivasi serta menggalakkan individu ketagih dadah berusaha keluar dari masalah itu.

Aryan kini dipenjara di Arthur Road selepas terbabit kes penggunaan dadah terlarang yang ditemui di sebuah kapal layar pada awal bulan ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 18-10-2021 11:46 AM
Janganlah terlibat dengan dadah weh.. rugi sgt hidup kau.. dah hensem2 hbiskan khidupan dok lokap... mcm ex aku.. hensem2 tpi dok lokap bertahun2.. x leh nak jalani kehidupan mcm org lain.. berkahwin ada anak smua.. hmm.. sedih dan terkilan utk dia..
Quote bebba 18-10-2021 04:11 PM
Good for you
Quote sue_liah 18-10-2021 04:18 PM
baru nak insaf ke sebab sebelum2 tu lepas je kn..ni merasa dok lokap baru la menyesal
Quote royaldanish 18-10-2021 06:12 PM
Lepas kluar lokap nanti jangan buat2 lupa
Quote Zeatyisaac 18-10-2021 06:34 PM
Sekadar kata2 nak menggembirakan kaunselor....
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 06:38 PM
Dan2 nak jadik Sivaji the boss
Macam orang miskin baru semalam ada


But heyyyy do you boyyy
Quote Guccibamboo 18-10-2021 10:15 PM
Nasib ade org miskin kan kat dunia ni ...bolehlah org kaya "menyucikan" diri.

Nak bebas dadah ni susah jugak....harap die ade support group yg kuat. Jgn kembali balik....jgn rindu kan pun.
Elakkan lah drpd terlibat dgn dadah ...pemusnah hidup.
Quote cm_vungtau 19-10-2021 03:49 PM
Edited by cm_vungtau at 19-10-2021 07:31 PM

Tapi katanya takde pun jumpa dadah kat budak ni dan ujian dadah pun negatif.

Ada juga yang kata SRK kena target sebab dia muslim. Jadi muslim dekat India memang selalu jadi macam2 target.
Quote tipah89 20-10-2021 12:47 PM
kalu kt melesia retis2 nk sucikan diri pakai hijab or join tabligh, kt sana janji nk tolong org misekin mcm baru semalam dia kayoo..
Quote KamikuP 20-10-2021 02:40 PM
Sian bapak bertahun2 bina nama sekajap je reputaion being tarnished by his flesh and blood gitu meolls berbahasa Inggeris
Quote uori 20-10-2021 03:04 PM
sembanglah ko dekkk
Quote cmf_premierleag 20-10-2021 07:29 PM
Priyanka Chopra mesti tengah gelak guling2 ketawakan gauri dan sarukan nih
PADAN MUKA HANGPA...ANAK TAIK DADAHHHHHHH gituu bisik hati kecil priyanka sambil sipping lemonade di hollywood
Quote sambaldurian 20-10-2021 11:17 PM
harap anak saif ali khan bersih dari narkoba, dan kembali ke landasan Islam balik. padahal tau la india sana , nama je ckp muslim, tp sembah patung gajah jua [em:12:]
Quote zie_indah 21-10-2021 07:55 AM
Selama sebelum kene tngkap ni igt ke kt org miskin dah kene tgkap mcm2 janji xyah tabur janji la dik oiii buat ja dulu
Quote Belibis 3-11-2021 07:03 PM
Netizen india terharu ke??? Kalau sini,artis acah pegang alquran,terus suci murni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.142397 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top