CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Terbuang Bawa Mangkuk, Kelaparan Cari Makanan Dari Rumah Ke Rumah

20-10-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3377| Komen: 54

Sebuah rakaman yang memperlihatkan seekor anjing terbuang berjalan sambil membawa mangkuk makanannya yang kosong dari satu rumah ke rumah lain, meruntun hati warga maya.


Video terbabit dirakam sepasukan anggota sukarelawan World Animal Awareness Society yang melancarkan Projek Haiwan Jalanan Amerika.

Video terbabit dirakam bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai nasib haiwan yang ditinggalkan serta memperbetulkan pandangan bahawa haiwan ini berupaya untuk menjaga diri serta mencari makanan sendiri.


Foto: Lolitopia

Video yang dirakam di sebuah kawasan kejiranan di Detroit, Amerika Syarikat itu menunjukkan kesungguhan seekor anjing berjalan di dalam kawasan yang dipenuhi semak samun untuk mencari individu yang sudi berkongsi makanan dengannya.


Anjing yang kelaparan itu mengunjungi lima buah rumah namun ia tidak sedar kesemua rumah terbabit telah ditinggalkan penghuninya.


Foto: Lolitopia

Pasukan sukarelawan kemudiannya mengisi mangkuk makanan anjing tersebut dengan makanan dan minuman.

Anjing-anjing di kawasan terbabit kemudiannya diselamatkan serta kini di bawah jagaan sukarelawan berkenaan. - CARI

Sumber: mStar/Lolitopia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingercharm 20-10-2021 10:02 AM
Anjing kheunz?bukan kucing kheunz?

Tembakkkkk


Kahkahkahkahkahkah
Quote epal_putih 20-10-2021 10:06 AM
cerdik nya dia
Quote FOTHER-MUCKER 20-10-2021 10:09 AM
Mana rakamanya?
Quote MontanaHannah 20-10-2021 10:48 AM
Diknah walau baca berita mcm ini  memang meleleh airmata

Oh Tuhan please ,,,,dunia jangan dibiar kejam pada haiwan

Dalam diri Diknah penuh kasih-sayang kepada haiwan

anak haram sangatlah haiwan di biar kebuluran

Biar hidup xde teman

tp jangan dibiar haiwan xmakan

pedih hati aku
Quote Cik_jantung 20-10-2021 11:08 AM
Tolong bagi makanan pada haiwan yg kelaparan.  Kesiannn sangat. Klu taknak dekat dgn anjing takpe letak je makanan tu and lari ...
Quote che-cikL 20-10-2021 11:29 AM
Aduh kesiannya... Cerdik dia minta makan. Mujur dah selamat.
Quote ninja boy 20-10-2021 11:44 AM
Sini anjing minta makan kat gerai jual ayam goreng seringgit
Quote stingercharm 20-10-2021 11:49 AM
MontanaHannah replied at 20-10-2021 10:48 AM
Diknah walau baca berita mcm ini  memang meleleh airmata

Oh Tuhan please ,,,,dunia jangan dibiar k ...

Prooottttt
Quote angelofish 20-10-2021 12:09 PM
asal usul anjing liar ni.asal nya dari pencinta anjing kan...tapi malas & kedekut nak mandul kan
akhirnya di buang
Quote naina 20-10-2021 12:20 PM
Maybe sebelom ni ada tuannya kot. Sebb dah biasa makan dalam bekas tu. Maybe tuannya mati..tu trpksa cari makan kat tuan baruu.
Quote tipah89 20-10-2021 12:50 PM
somelnya anjing tu..cerdik plak dia eh
Quote ninja9 20-10-2021 12:52 PM
[youtube]FYFInS2Rm_Q[/youtube]
Berita pada tahun 2016 ini sangat menyedihkan...


Quote KamikuP 20-10-2021 12:59 PM
Teringin rasa nak bela anjing
Quote Artemesiaa 20-10-2021 01:03 PM
Kesiannya jenis tuannya pindah anjing ditinggalkan macam tu je mana tak jadi macam tu.  Kecik2 disayang dah besar kena tinggal.  Kucing pun ada terima nasib yang sama nasib ada jiran2 yang perihatin tolong bagi makan.  Tapi ada yang tak bernasib baik main kena tinggal tepi highway dekat pasaraya mana dia nak dapatkan makanan silap kena lenyek dek kereta.  Sebab tu ada baiknya sediakan sedikit makanan haiwan dalam kereta tak kira untuk anjing atau kucing buat sedekah paling senang.  Pasti ada ganjarannya nanti.
Quote mzzenma 20-10-2021 01:08 PM
Anjing rumah sebelah ofis ni pun tuan dia mcm tak pedulikan dia je. Asyik datang lepak kat ofis mzz ni je. Habis makanan kucing dia makan. Kucing pun takut dgn dia sampai panjat pokok tak mau turun.

Super friendly sangat anjingnya.. asyik mengekor kita je. Tapi risau juga dia dekat2 dgn kita kang tersentuh.

Anjing ni cerdik bawa mangkuk makanan dia, maknanya dia pernah ada tuan, tapi kena abandoned atau tuan dah meninggal. Selanat ada yg rescue and moga diadopt family yg baik2..
Quote Moyangkucing 20-10-2021 01:16 PM
Allah.... sedihnya... moga2 ada insan berhati mulia sudi tolong bagi makan haiwan2 yang tidak bertuan ini...
Quote missus_meow 20-10-2021 01:29 PM
dah ade yg rakam, so semoga cepat diselamatkan ... sian plak ...
Quote stingercharm 20-10-2021 03:19 PM
ninja boy replied at 20-10-2021 11:44 AM
Sini anjing minta makan kat gerai jual ayam goreng seringgit

haiwan pun tahu sedar diri kheunz? takda cari restaurant michelin 5stars... bukan macam antu gigi si greentea itewwww cilok duit guests chalet bangsatnya dgn sedut air kolam chaletnya paastuh charge guests nya iteww full rate....tak cukup iteww gunakan hasil dapatan cara haram ni pi 31 rue cambon, beli kotak exclusive chanel...


kahkahkahkahkahkah
Quote LostStar 20-10-2021 03:59 PM
sedeh la tgk...ciannnn

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044096 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top