"Sekiranya tidak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu". Demikian kenyataan 'keras' penyanyi, pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim, 35, yang mengumumkan dia tidak lagi bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku, produk muslim tempatan.
Malah, dia turut memohon syarikat terbabit untuk tidak menggunakan segala hasil kerja mahupun wajahnya di mana-mana medium pengiklanan produk yang dipasarkan. "Saya terpaksa membuat kenyataan secara terbuka kerana sebelum ini sudah memberitahu pada pihak berkenaan. Tapi, mereka masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar.
"Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi saya tegaskan untuk menurunkan segala yang berkaitan dengan saya termasuk video TVC (iklan komersial) yang dihasilkan oleh saya," katanya menerusi kenyataan di Instagram.
|
slyfynx replied at 18-10-2021 02:07 PM
Raline, gmbr petama tu nnt ramai yg slaah paham.
Aku igt die dah no longer dgn husband die
slyfynx replied at 20-10-2021 12:51 PM
Fida Ibrahim apo kono ejang, sound siapa tu?
18hb dah ade thread @Raline ni
slyfynx replied at 20-10-2021 12:49 PM
Eh, bukan ke thread dah ade.
Wartawan CARI, sile jgn pemalas untuk tekan butang search.
Makan gaji b ...
ADVERTISEMENT