CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Zaimi Jadi Sukarelawan APM, Sedar Diri Tak Mampu Kejar Glamour

20-10-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2390| Komen: 19

Minat terhadap aktiviti kesukarelawanan akhirnya mendorong penyanyi Along Zaimi untuk menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam anjuran Angkatan Pertahan Awam (APM).


Menurut Along atau nama sebenar Mohamad Rozaimi Rosli, 25, dia gembira apabila berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup.

Foto: IG

"Sebenarnya ada kawan ni post dekat WhatsApp story, dia tanya siapa nak join kursus APM. Saya terus reply beritahu berminat.

"Lepas itu dia terus call minta maklumat diri. Kebetulan ini adalah masa yang sesuai dan saya sendiri pernah sertai aktiviti sukarelawan, jadi saya pun ok la.


"APM ni adalah pilihan, saya sertai sebagai sukarelawan sahaja, bukannya tetap," katanya kepada mStar.



Bercerita lanjut tentang kursus berkenaan, bekas peserta Mentor Milenia ini berkata, dia mendalami ilmu asas kecemasan yang boleh diaplikasi sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini di rumah.

"Sebenarnya kursus ini adalah untuk persediaan diri sendiri jika berdepan sebarang kemungkinan.

"Lepas ni kalau ada kes kecemasan kat rumah saya dah tahu bertindak. Dulu mungkin saya tengok je apa berlaku, tapi sekarang insyaAllah saya dah ada ilmu asas," katanya.




Untuk rekod menyertai kursus berkenaan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Setar, Kedah.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan beberapa kemahiran seperti asas pertolongan cemas, teknik asas menyelamat dan melawan kebakaran.

Dalam pada itu ditanya tentang perkembangan kerjaya seni, Along mengakui sukar mendapat perhatian industri seni.

Bagaimanapun dia tetap meneruskan minat dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan busking dikenali sebagai Mr. R Buskers selain menambah pendapatan dengan menjual burger.



"Kalau diikutkan pendapatan masih ada, saya juga ada simpanan. Semua orang pun terkesan dengan pandemik.

"Tapi Alhamdulillah cukup untuk survive, walaupun tak banyak tapi bersyukur. Saya pun dah anggap diri tak macam artis, orang biasa sahaja... janji ada rezeki.

"Saya buka mind set nak cari side income jual burger. Kalau tak ada rezeki untuk menyanyi at least ada benda boleh buat. Tak perlu nak malu anggap diri orang biasa," ujarnya. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 20-10-2021 01:20 PM
Alaaa x kenal sape die
Quote 800214 20-10-2021 01:37 PM
Anak buah ezad lazim ni.jadi protege sapa ntah dlm mentor
Quote dudaberhias 20-10-2021 01:44 PM
Alamak, who are yussss????
Jangan kata iolsss tak cukup muda untuk kenali heolsss... Iols hari2 titik estee lauder advanced night repair hokkeh...
Quote mamajawie 20-10-2021 02:45 PM
who are yuusss???followers puluh ribu tapi likes cuma 100++??apooo
Quote annehuda 20-10-2021 02:58 PM
apm ni mcm rela, mmg bukan keja tetap pun. pastu dpt elaun harian mcm rela jugak. tp skop keje apm lg luas la. apm ni mmg bagus walaupun dulu orang kata rugikan duit kerajaan sbb apm ni mmgada shift so malam2 kalau ada emergency call je abg jpam ye
Quote giyomi 20-10-2021 05:50 PM
baguslah klu dah tau awal2 bakalan sendu. akak pon tak kenal siapa ko dikk.
Quote wirazam 20-10-2021 07:42 PM
Nak jadi penyanyi zmn skrg kena ada ada bakat pelbagai mrngubah lagu, main muzik dan berlakon juga..tak cukup sekadar ada suara sedap je
Quote mojarean_X 20-10-2021 09:56 PM
wirazam replied at 20-10-2021 07:42 PM
Nak jadi penyanyi zmn skrg kena ada ada bakat pelbagai mrngubah lagu, main muzik dan berlakon juga.. ...

Betul. Rasanya jd penyanyi susah jd tibaiunta. Kalo jd pelakon mungkin boleh lg. Tp yg aku sedih jd penyanyi mcm income lg sikit dari jd pelakon
Quote nordin84 20-10-2021 10:02 PM
annehuda replied at 20-10-2021 02:58 PM
apm ni mcm rela, mmg bukan keja tetap pun. pastu dpt elaun harian mcm rela jugak. tp skop keje apm l ...

tu ular ke tebuan ke, kalau bomba bz org pggl jpam.. siap ade ambulan lagi
Quote Kurex 20-10-2021 11:01 PM
Who are yous . Iols tak kenal, jadi, baguslah kau masuk apm jah
Quote Carcosa 21-10-2021 06:32 AM
Berkerut2 dahi akak dik. Cuba ingatkan siapa ko ni
Jgn ckp akak tak cuba yach. Akak tak kenal kau dik.
Mcm muka pomen yg akak penah antar kereta dulu, adalah.
Quote laksmanabentan 21-10-2021 08:18 AM
penyanyi ker?
pernah ada album ker?
tak pun da ada lagu sendiri ker???
Quote KamikuP 21-10-2021 09:04 AM
Who are him?
Quote wirazam 21-10-2021 09:23 PM
mojarean_X replied at 20-10-2021 09:56 PM
Betul. Rasanya jd penyanyi susah jd tibaiunta. Kalo jd pelakon mungkin boleh lg. Tp yg aku sedih j ...

Sapa ckp...jadi penyanyi boleh dpt royalti..jadi pelakon mana leh dpt royalti sgt..
Plus penyanyi boleh dpt side income kat majlis majlis korporat..pelakon hanya income from drama dan filem lakonan je..
Kalau nak lebat income, kena jadi artis versatil - nyanyi, berlakon, mengacara, pak lawak, duta endorsement, gubah lagu...tapi itulah, nak jadi versatil nih kena ada rupa menawan ..
No wonder kbykan pelawak pelawak zaman skrg income masyukkk..
Quote mojarean_X 21-10-2021 09:32 PM
wirazam replied at 21-10-2021 09:23 PM
Sapa ckp...jadi penyanyi boleh dpt royalti..jadi pelakon mana leh dpt royalti sgt..
Plus penyanyi  ...

Persatuan kutip royalti pun disiasat sbb x telus. Btw royalti tu lebih kpd yg betul2 berjaya mcm M Nasir dan Saari Amri. Majority still sendu. Kalo jd pelakon at least sekurang2nya berpuluh episod. Jd penyanyi nk dpt satu show pun bkn main seksa. Cer tgk life penyanyi2 bbnu vs pelakon2 bbnu. Nmpk beza nau. Tu yg byk penyanyi jd pelakon skang
Quote mojarean_X 21-10-2021 09:33 PM
wirazam replied at 21-10-2021 09:23 PM
Sapa ckp...jadi penyanyi boleh dpt royalti..jadi pelakon mana leh dpt royalti sgt..
Plus penyanyi  ...

Zaman2 covid lglah x de show2 korporat. Rancangan TV pun boleh dikira ngan jari.
Quote 4cupcakes 22-10-2021 12:39 AM
Walau siapapun kamu..Pilihlah pekerjaan yg menjamin utk kelangsungan hidup
Quote wirazam 22-10-2021 02:05 PM
mojarean_X replied at 21-10-2021 09:32 PM
Persatuan kutip royalti pun disiasat sbb x telus. Btw royalti tu lebih kpd yg betul2 berjaya mcm M ...

Penyanyi masa skrg kena pandai pakai sosmed...release single kat Yutiup, cover lagu org pun kat yutiup...bg effort lebih..nanti ramai yg akan view..pastu kachinggg kaching lar
Quote mojarean_X 22-10-2021 08:29 PM
wirazam replied at 22-10-2021 02:05 PM
Penyanyi masa skrg kena pandai pakai sosmed...release single kat Yutiup, cover lagu org pun kat yu ...

Hasil streaming byk ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.299249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top