Oleh : Dean BZ Pernah dengar tak kuih Lompat Tikam? Kuih ni adalah kuih tradisi orang pantai timur Malaysia. Namanya mungkin sedikit pelik namun rasanya memang "menikam" habis. Di bulan ramadan memang senang dapat kuih ni tapi kalau bulan-bulan biasa memang susah sikit nak jumpa. Kepada sesiapa yang tak pernah mencuba kuih ini, di sarankan cuba.. boleh beli atau buat je buat sendiri. Lompat tikam ni tak susah mana nak buat tapi tak lah senang sangat. Tapi awas, jika anda memang jenis tak gemarkan makanan manis, mungkin kuih ini bukan pilihan sesuai untuk tekak anda. - CARI Infonet. Sumber foto : galerymasakan.blogspot.com Bahan Lapisan Hijau 1 cawan tepung beras 1 s/b tepung jagung 3 cawan santan cair 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau 1 s/k air kapur secubit garam Cara-Cara Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya alas plastik je..) Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat. Bahan Lapisan Putih 1 1/2 cawan tepung beras 1 s/b tepung jagung 4 cawan santan sederhana pekat 1 s/k garam Cara Campurkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan Bila dah sejuk potong kuIh dan hidangkan dengan air gula merah. Air Gula Merah Bahan 1 cawan gula merah 1 cawan gula biasa 2 cawan air 1 helai daun pandan [ koyakkan] Cara Masakkan semua bahan sehingga mendidih. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam. Kredit menu : http://yatiememories.blogspot.com/
|
21
Bagus |
31
Marah |
17
Terkejut |
20
Sedih |
20
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT