|
Bibir seorang wanita bengkak selepas disengat seekor lipan ketika tidur. Mirror melaporkan, Nataly Galdino, 21, dari Sao Vicente, Brazil, dimasukkan ke hospital selama dua hari susulan terkena sengat serangga itu.
"Saya tarik dan ia tidak mahu lepas. Saya cuba selama lima saat, dengan kesakitan yang tidak tertanggung. "Saya bangun dari katil, menghidupkan lampu. Saya lihat terdapat seekor lipan di mulut," katanya. Walaupun sengat lipan biasanya boleh menyebabkan bengkak dan kesakitan, ia tidak berbahaya kepada manusia.
Bagaimanapun, Natalie risau kerana sengat lipan itu di sekitar mulutnya. Selain mulut bengkak, dia juga mengalami sesak nafas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Sumber: mStar
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.077351 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.