Oleh Adib Za Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya kuih itu didakwa sebagai halal tetapi sebenarnya ia tidak halal, maka ia adalah menyalahi akta berkenaan. "Namun sekiranya logo halalnya mengelirukan, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan sama ada produk itu halal atau sebaliknya," katanya. "Saya alu-alukan aduan daripada pengguna sekiranya terdapat produk yang diragui dan KPDNKK akan menyiasat atau menghubungi Jakim untuk membantu. Tetapi secara rasmi saya tidak menerima apa-apa laporan (berhubung kuih raya dari China)," katanya. Alias yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK bersama Sektor Koperasi di sini hari ini, diminta mengulas laporan mengenai kuih dan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dan dijual pada harga rendah. Biskut dan kuih raya itu dijual serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenisnya. - Bernama (Sumber foto: Laman-seri)
|
42
Bagus |
26
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT