|
Seorang pengantin perempuan di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana didakwa menerima mas kahwin sebanyak 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada suaminya, lapor laman berita Suara.com.
Wanita berasal dari bandar Cilegon dalam wilayah Banten itu berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pasangan itu kelihatan memakai busana pengantin berwarna putih dalam majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah lokasi popular di Banten, Kebon Sengon Sari Kuring. “Jangan sampai video ini ditonton calon mentua anda. Amat berbahaya sekiranya si lelaki ingin meminang calon isterinya, dia akan dibandingkan dengan jumlah mas kahwin yang diterima wanita ini.
Mas kahwin itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyifatkan wanita berkenaan sebagai beruntung. “Orang Asia yang teramat kaya (Crazy, rich Asian),” kata seorang lagi. Sumber: Kosmo
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 1.330693 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.