CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Guna TikTok Nak Dekat Dengan Peminat Muda

26-10-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2649| Komen: 11

Mengikuti perkembangan semasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui aktif memanfaatkan aplikasi TikTok sebagai medan untuk mendekati peminat baharu terutama dikalangan orang muda.


Katanya, dalam situasi serba mencabar ini dia perlu berani mencuba pelbagai perkara baharu namun tetap beringat untuk berpada-pada dalam memuatnaik kandungan di aplikasi berkenaan.


Foto: IG

“Saya cuba menawan dan mendekati peminat baharu di kalangan remaja serta lingkungan golongan muda yang rata-rata tertumpu kepada medium tersebut untuk berinteraksi termasuk pengguna di luar negara.

“Dari situ saya sentiasa sedia untuk berkolaborasi memuatnaik video nyanyian terutama dengan rakan seperjuangan dari seberang seperti ibu Hetty Koes Endang sekali gus memperkenalkan dendangan lama yang malar segar.


“Alhamdulillah dapat banyak maklumbalas. Tidak bermakna kita mahu bersaing dengan orang muda kerana itu bukan matlamat saya.

“Namun sejauh mana mahu berkongsi atau ikut ‘trend’, saya tetap letakkan had. Apa yang anda lihat di TikTok itulah Siti Nurhaliza Dan itu jua had yang saya tetapkan,” katanya ketika pelancaran produk SimplySiti For All – Reflection Of Perfection’ dan sesi memperkenalkan duta SimplySiti.



Penghibur nombor satu negara itu memberikan mandat kepada penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, menjadi wajah jenama kecantikan popular miliknya.

“Syukur jenama SimplySiti mampu berdiri kukuh hingga tahun ke-11 ini biarpun seperti perniagaan lain yang turut berdepan dugaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

“Kami bertuah kerana disokong pengguna setia serta pasukan yang kuat selain berusaha mempergiatkan dan mempelbagaikan corak pemasaran menerusi online termasuk Tiktok mendekati pelanggan.

“Selepas lebih sedekad SimplySiti di pasaran, buat julung kali syarikat melantik duta produk untuk bersama saya mempromosikan semua rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti sekali gus menarik kelompok pengguna remaja.

“Saya sudah ada pengikut sendiri yang mengikuti sejak usia saya muda sampai umur sekarang tapi untuk saya mencuri hati remaja dan anak muda bagi saya Zahra sesuai mewakili mereka,” katanya.



Anak sulung daripada dua bersaudara itu dipilih antara lebih 700 peserta Pencarian Wajah SimplySiti pada Jun lalu yang dikatakan memiliki keperibadian tinggi, cantik dan bijak.



Ditanya mengenai pemilihan duta tidak berhijab, Siti menegaskan dirinya bersikap terbuka selain menyatakan sama ada bertudung atau tidak ia lebih kepada urusan peribadi seseorang.





“Sebenarnya kalau ikutkan saya pun tidak berhijab ketika mula-mula membawa jenama SimplySiti namun kemudian saya berhijrah serta berhijab. Jadi untuk jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka.

“Bukan faktor bertudung atau tidak menjadi persoalan kerana ia personal. Bagi membawa nama SimplySiti, saya pilih orang yang ada keperibadian, wajah menarik dan bijaksana untuk menarik generasi baharu seperti Zahra mengenali produk saya,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 26-10-2021 09:44 AM
mek iti bukan dah lama ke main tiktok?
yang duk lap2 cermin tu
Quote tikusmakmal10 26-10-2021 10:51 AM
whoareyousssssss duta baru ss ni ?
Quote winky1 26-10-2021 12:08 PM
Bersifat terbuka... Or wider market?
Quote Mamason 26-10-2021 12:09 PM
Meniaga mcm2 jugak tokti ni...bagus2.  Bisness minded betul dia.
Quote LadyCarefree 26-10-2021 12:40 PM
Bagus. Totop ghambot atau tidak tu urusan peribadi. Syabas tokti.
Quote LadyCarefree 26-10-2021 12:40 PM
tikusmakmal10 replied at 26-10-2021 09:51 AM
whoareyousssssss duta baru ss ni ?

Bagus tokti xhanya batak dgn yg ada nama mcm bilah jali.
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:03 PM
Kalau tiktok socmed segala ada time zaman sheol debut ni, fuhh agak2 berapa polowers sheol ni kan
Quote hyie 27-10-2021 01:21 PM
nakkomenjugak replied at 27-10-2021 01:03 PM
Kalau tiktok socmed segala ada time zaman sheol debut ni, fuhh agak2 berapa polowers sheol ni kan

ala2 baru rilis seminit video klip terus mencecah 1juta view gaytohh...walaupun vc cuma main kejar2 kat sawah bendang sajork
Quote tikusmontok 27-10-2021 05:09 PM
Dah mmg ko kuat mencapub pun sejak zaman purba lagi
Quote rezaremy 28-10-2021 10:26 AM
Quote electricopop 28-10-2021 11:16 AM
Yelah TokTi pun nk kekal relevan gak kan...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073188 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top