CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurnilam Sari Nak Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander

26-10-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8156| Komen: 76

Bekas pengurus usahawan sensasi, Nur Sajat, Nurnilam Sari bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal, Harith Iskander berhubung kandungan temu bualnya bersama usahawan tersebut di platform Facebook yang didakwa berat sebelah.


Menurut Nurnilam, dia mendakwa Harith sebagai hos temu bual berkenaan membenarkan orang yang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap mengenai kes penipuan yang telah diadili di mahkamah. Mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” katanya di Facebook.


Foto: Utusan

Mengulas lanjut, Nurnillam mendakwa usahawan tersebut banyak memutarbelitkan fakta dan menjelaskan isu mahkamah berkaitan kes penipuan dengan cara salah.

Dia yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ kes melibatkan Nur Sajat itu tampil menyelar apa yang telah diperkatakan oleh usahawan itu.

“Banyak betul putar belit kau ya Sajat. Nak sangat ke aku mendedahkan semua bukti kau masa dekat mahkamah. Bukti dalam mahkamah ini perkara yang tidak boleh ditipu ya. Fakta bukan auta.

“Eh tiba-tiba kata kita Perhubungan Awam (PR) dan Pemasaran mengurus stokis. Salah itu Sajat. Kita Pengurus Besar awak dulu, pencacai mengurus segala untuk awak.

“Sampai duit kita pun pinjam berjuta kan. Cakap serupa ular,” dedahnya lagi menerusi entri berkenaan.

Bagaimanapun, Harith memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu seperti yang dikatakan berat sebelah semasa temu bual secara langsung itu.

Jelas Harith di Facebook, dia hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Nur Sajat dari mulutnya sendiri.

Sekadar informasi, dalam temu bual tersebut usahawan kontroversi itu telah menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya berhubung beberapa isu sehingga mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 26-10-2021 02:03 PM
nur nilam sari ni anak M Nasir ke?
Quote KIM.K 26-10-2021 02:05 PM
Saman je berniat mendatangkan provokasi kepada mahkamah dan institusi legal malaysia. Kasi anak2 harith belajar bab2 legal ni
Quote Kitty_catz 26-10-2021 02:10 PM
mamajawie replied at 26-10-2021 02:03 PM
nur nilam sari ni anak M Nasir ke?

anak dia rasa yg besau2 lelaki
Quote matamata 26-10-2021 02:16 PM
Bukan Harith je... Mana2 netizen yg acah2 bagus dlm FB semua dia hantar surat lawyer... Lepas tu baru gelupur mintak maap... Ingatkan bagus sgt... Diaorg ingat pakai medium elektronik ni blh lepas ke?
Nilam tu dah warning... Dia tak main2.... Jolokla lagi sarang tebuan
Quote makton 26-10-2021 02:20 PM
tak sabar nak tggu nur nilam sari kemukakan bukti2
Quote KamikuP 26-10-2021 02:28 PM
Padan muka gundu botak harith yg x lawak tu kene saman. You go giirl Nurnilam Sari.. nak pinjam sinarmu Nur Niulam sari
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:33 PM
Luaskan sinarmu kak nilam sari!
Si baldy kena fikir dalam ngo2 pun kena fikir jugak legal procedures
Quote Minami2013 26-10-2021 02:40 PM
Sepupu sajat ni kan?

Hutang ni berat kesannya.. kat dunia kita dah rase tk tenang.. apatah lagi lah akhirat. Lari lah mana pun bro sajjad.
Quote matamata 26-10-2021 02:45 PM
Minami2013 replied at 26-10-2021 02:40 PM
Sepupu sajat ni kan?

Hutang ni berat kesannya.. kat dunia kita dah rase tk tenang.. apatah lagi la ...

Kes hutang tu satu hal, lebih berat lagi ini kes yg ada unsur2 menghina keputusan mahkamah
Quote Herlina 26-10-2021 02:51 PM
mamajawie replied at 26-10-2021 02:03 PM
nur nilam sari ni anak M Nasir ke?

Saya pun otomatik teringat nama anak M Nasir
Quote Tokeybundle 26-10-2021 02:58 PM
Bagus
X suka dgn si botak ni
Dia je yg btl
Quote CiliPadiSedap 26-10-2021 02:59 PM
kaka nurnilam sari lawa. jadi dia wajar menang kes
Quote tobobon 26-10-2021 03:01 PM
Meols hairan..takde sapa pi tanya parent sajat ker? Mcm mustahil wartawan tak pegi korek..pandai pulak parents sajat ni senyap jer
Quote mamajawie 26-10-2021 03:11 PM
Herlina replied at 26-10-2021 02:51 PM
Saya pun otomatik teringat nama anak M Nasir

tau takpe..ingatkan anak m nasir tadi..rupanya wujud la nama nur nilam sari tu sblum lahirnya anak m nasir ni

Quote mamajawie 26-10-2021 03:12 PM
Kitty_catz replied at 26-10-2021 02:10 PM
anak dia rasa yg besau2 lelaki

itu la tadi google nur nilam sari baru nak amik spm ke baru hbs skola thun ni camtu la

Quote batrisyan 26-10-2021 03:44 PM
Nur nilam sari ni Sama ke dengan sape tu KJ yang banyak hentam sohai n sajat n sejenis proebit dulu
Quote bottombikini 26-10-2021 03:52 PM
cantik si nilam
satgi dia tagteam dgn si jemah
loyer depa ni power
lantak ko hares tinggal spender pehni
Quote CikYaYaYa 26-10-2021 04:31 PM
batrisyan replied at 26-10-2021 03:44 PM
Nur nilam sari ni Sama ke dengan sape tu KJ yang banyak hentam sohai n sajat n sejenis proebit dulu

Orang yang samaa je tu chuolss. Kapten Jemah.. Banyak dah fb dia nie kena benam
Quote CikYaYaYa 26-10-2021 04:33 PM
Samann jee sumaaa nak2 netijen yang duk wat bijokk n duk backup si sajad jadian tu.. Menyampah betoi aq bacaa netijen fb. kes pon xtau tapi dia punyaa sembangg mcm tau sumew

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.122335 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top