CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketagih Makan Tanah, Telan 16 Berus Gigi Dan Tiga Paku

27-10-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1529| Komen: 8

New Delhi: Doktor mengeluarkan 16 berus gigi dan tiga paku daripada perut seorang remaja di Uttar Pradesh di India, baru-baru ini.

Remaja terbabit dikatakan memakan objek itu bagi mengatasi ketagihan peliknya memakan tanah.

Harish Devi, 14, memakan objek itu selepas dinasihatkan seorang pakar yang mendakwa tindakan itu boleh merawat ketagihannya.

Keluarganya juga percaya Harish dirasuk makhluk halus dan dengan memakan dua objek itu mampu memulihkan obses peliknya.


Foto: Agensi

Namun, selepas makan berus gigi dan paku, Harish mula berasa sakit pada abdomen.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan lanjut.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati kesakitan yang dialami itu disebabkan objek pelik yang dimakannya.

Doktor kemudian terpaksa menjalankan pembedahan segera bagi mengeluarkan berus gigi dan paku berkenaan.

Selepas selesai pembedahan, kesihatan remaja itu semakin pulih.

Menerusi gambar yang dikongsi, terdapat beberapa berus gigi dan paku dikeluarkan dari dalam perut remaja itu.

Seorang doktor juga dilihat memegang imbasan sinar X yang menunjukkan kedudukan paku di tengah tubuh Harish.

Harish juga masih menerima rawatan susulan selepas pembedahan itu selesai dijalankan.

Kejadian perubatan pelik ini berlaku seminggu selepas seorang wanita berusia 70 tahun melahirkan bayi dan menjadi ibu tertua di dunia.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-10-2021 08:26 AM
takde mknn ke nk mkn..nasi kandar byk kan sana
Quote stingerchubby 27-10-2021 08:29 AM
edayildiz replied at 27-10-2021 08:26 AM
takde mknn ke nk mkn..nasi kandar byk kan sana

Nasi kandar abah ko kt delhi...

Kahkahkahkahkah
Quote Mooverine 27-10-2021 08:43 AM
Atas nasihat pakar? Pakar apa, pakar bunuh orang ka apa...
Bagus lagi la rasanya kalau adik ni makan tanah, daripada makan paku & berus gigi.

Quote -Suri- 27-10-2021 09:29 AM
Adoii..punya byk makanan benda bkn makanan jugak ko nak telan
Quote mdhelmi 27-10-2021 09:39 AM
okla tu
asalkan jangan makan rasuah
Quote darkness 27-10-2021 09:41 AM
Aku tak taulah kenapa ada kes2 pelik mesti ada dua negara je yang kena sebut. India dan indone. Pelipin pun kurang ada kes pelik gini walaupun rata2 hidup lebih kurang dan juga situasi setempat
Quote musangbodoh 27-10-2021 12:42 PM
mata makrifat...sapa tau
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:16 PM
Tak yendia, yendon
Tak yendon, yendia

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081872 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top