CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kolaborasi Neelofa Dan Tabung Haji, Tawar Servis Pelancongan Patuh Syariah

27-10-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9363| Komen: 108

Usahawan selebriti terkenal Neelofa, merupakan ikon usahawan wanita berjaya di Malaysia. Kini usahawan jelita ini meluaskan lagi empayar perniagaannya dengan berkolaborasi bersama syarikat Tabung Haji Travel dan Services bagi perniagaan barunya.


Berita gembira ini dikongsi di Instagram Neelofa dengan memuatnaik beberapa foto majlis sesi tandatangan memorandum persefahaman (MoU), dan kapsyen ringkas yang menggambarkan kegembiraan wanita serba boleh ini.

Menurut Neelofa, kolaborasi yang diadakan antara aplikasi TheNoor dan Tabung Haji Travel dan Services ini akan memfokuskan perkhidmatan perlancongan yang patuh syariah dan memberi ketenangan fikiran tanpa was-was sepanjang pelancongan.

Foto: IG


Terlakar satu lagi sejarah baharu buat aplikasi TheNoor apabila kolaborasi dengan Tabung Haji & Services, kini menawarkan pelancongan patuh syariah secara menyeluruh yang disediakan oleh THTS merangkumi Umrah, Haji dan Pelancongan secara amnya.

Perkhidmatan ini pastinya akan memberi kemudahan dan ketenangan fikiran, bagi mereka yang menghargai masa dan mahukan jaminan bahawa percutian mereka mesra Muslim dan patuh syariah.” Tulis Neelofa

Perkongsian Neelofa menarik perhatian ibunya, rakan artis dan warganet di Instagram, masing-masing meluahkan rasa bangga dan kagum dengan pencapaian yang dilakukan oleh Neelofa dalam dunia perniagaan.



“Alhamdulillah syukur Ya Allah” komen Noor Kartini

“Tahniah kak” komen Mawar Rashid

“Seorang yang beri inspirasi.. Seorang wanita yang sangat kuat”

“Tahniah. Inspirasi buat kami sebagai wanita untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat”

“Alhamdulillah”

“Nitip jejak dulu. Semoga bisa kek gini kedepannya. Aamiin” komen warganet.



Pasti ramai yang tak sabar nak melancong, menunaikan umrah dan haji, sambil patuh syariah dengan TheNoor dan Tabung Haji Travel dan Services nanti.

Tahniah Neelofa! -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote canopy_copy 27-10-2021 10:01 AM
tunggang agama selagi boleh
Quote KamikuP 27-10-2021 10:15 AM
Sorry not for me yaaachh.. boleh blah la lu
Quote Mooverine 27-10-2021 10:16 AM
apa maksud pelancongan patuh syariah?
Quote Hypothetically 27-10-2021 10:21 AM
Edited by Hypothetically at 27-10-2021 03:45 PM

Kalau tak pakai their services, tak ikut syariah ke???  
Quote epal_putih 27-10-2021 10:23 AM
tabung haji biar betikkk
Quote tintin22 27-10-2021 10:26 AM
wow,hebatnya
Quote Masukkeluar 27-10-2021 10:27 AM
Edited by Masukkeluar at 27-10-2021 10:30 AM

byk pitih niqabis melabur demi jv dgn tabung haji. islamik sgt  hhaha
kalau uols tahu sapa di sebalik apps theNoor tu, msti korg tak puji sgt niqabis ni. hahah
Quote awex^returns 27-10-2021 10:30 AM
patuh syariah macam mana tu
ko pon tak patuh sangat
Quote immaryjane 27-10-2021 11:30 AM
Jubah mung pun bila mung still nampak jubo besar jahlop oiii patuh syariah sgt.
Quote immaryjane 27-10-2021 11:31 AM
Komen mmg tak boleh edit or delete mcm dolu dolu ke
Quote princessmiang 27-10-2021 11:48 AM
pundek ahhh...banyak lagi syarikat travel agent yang tengah suffer...ko boleh lak mencelah nak caras rezeki syarikat2 ni....bongok punya artis!!
Quote edoraixora 27-10-2021 11:53 AM
Masukkeluar replied at 27-10-2021 10:27 AM
byk pitih niqabis melabur demi jv dgn tabung haji. islamik sgt  hhaha
kalau uols tahu sapa di sebali ...

tak tahu pun dah kena cerca, apatah lagi kalau tau
tolg bagitau pleasee
Quote TerataiMelur02 27-10-2021 11:56 AM
Kenapa la ambik manusia yang sentiasa buat kontroversi murahan ni? Patuh syariah?

Euwww sangat. Kalau ambik mizz nina lagi berbaloi2.
Quote kotakominami 27-10-2021 12:27 PM
Maksud tunai umrah haji patuh syariah ni maa mane. Ade sape2 boleh jelaskan.....sebab selama ni kita g tunai umrah haji memang kena jaga bab bab tu kan....ade beza ke
Quote prince_marhaen 27-10-2021 12:30 PM
maksudnya bercuti sambil mengunyah makanan sunnah ke? pergi ke pantai naik jetski sambil memegang tasbih?

btw, haruslahhhh mak memuja-muji anak terpaling menjadik, kalau tak yang lain laparrrr....
Quote Straya 27-10-2021 12:49 PM
Oh baru tau selama ni Tabung Haji buat pakej umrah,haji tak patuh syariah la ye.Apa la tabung haji buat malu aje.Bukan msian aje,other muslim countries pun kenal tabung haji,lagi nak buat collabaration dengan minah ni.
Quote lifeline 27-10-2021 12:55 PM
so selama ni kita tunaikan umrah tak patuh syariah la eh?
ke mcm mana?
Quote pxlbb 27-10-2021 01:02 PM
Selama ni iols travel ke berapa negara dan berapa benua takde la lagi sampai tinggal solat atau terpaksa buka aurat. So apa definisi pakej perlancongan patuh syariah ni chuols.
Quote MatDeghem 27-10-2021 01:04 PM
Edited by MatDeghem at 27-10-2021 01:43 PM
canopy_copy replied at 27-10-2021 10:01 AM
tunggang agama selagi boleh
ini agency tabung haji punya ke?


th.jpg


Tabung Haji Travel & Services merupakan Ahli Kumpulan Syarikat - Syarikat TH yang diperbadankan pada 9 September 1972 untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Haji dan Umrah bagi jemaah Malaysia.
Berbekalkan pengalaman lebih 49 tahun dalam menguruskan perjalanan Haji dan Umrah, Tabung Haji Travel & Services memahami kehendak para jemaah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai golongan.
Disamping itu Tabung Haji Travel & Services juga menawarkan pakej-pakej pelancongan luar dan dalam negara yang berteraskan gaya hidup Muslim.
Berteraskan prinsip 3K iaitu Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan, kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar perjalanan ibadah atau percutian anda sentiasa dalam ketenangan dan keselesaan.
Semoga Tabung Haji Travel sentiasa menjadi pilihan untuk perjalanan menunaikan haji dan umrah serta melancong bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.





Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067438 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top