Penghibur versatile, Datuk Jamal Abdillah menceritakan khabar baik apabila mula berniaga walaupun di usianya kini 62 tahun. Menariknya, dia melibatkan sesuatu di luar kepakarannya iaitu berniaga peralatan kosmetik walaupun sebelum ini memiliki bisnes ikan arowana. Memilih menjadi rakan bisnes kepada produk jenama Zarania memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila pernah mengeluarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran lebih 10 tahun. Idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias dan bersolek setiap masa. “Ia sebagai hadiah sempena isteri saya hamil anak kami yang ketiga. Namun saya akui bimbang tetap ada kerana ini lain kan," Jamal berkata seperti dipetik Malaysia Gazette, sebanyak sembilan produk berada di pasaran dengan harga mampu milik yang bermula serendah RM25 hingga RM49. Menariknya, set Azura sempena lagu popularnya turut diperkenalkan. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperoleh cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober 2019. Ada yang menjadi pengumpul barangan artis? - CARI
|
ADVERTISEMENT