CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pembalut Luka Pintar Bantu Doktor Pantau Luka

27-10-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1829| Komen: 3

Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan sebuah pembalut luka pintar yang mampu memaklumkan kepada doktor apabila luka sudah sembuh tanpa perlu diperiksa.


Lapor Daily Mail, prototaip pembalut unik itu dibangunkan oleh pasukan saintis di Universiti Bologna, Itali.

Pembalut luka itu dilengkapi dengan sensor untuk membaca tahap kelembapan dan menghantar data berkenaan ke aplikasi telefon pintar.


Kredit foto: Shutterstock/FrontiersinPhysics

Maklumat berkenaan membolehkan doktor memastikan luka dibalut itu sembuh tanpa perlu menanggalkan pembalut yang biasanya menghalang proses penyembuhan.


“Dengan menyediakan pemantauan tanpa wayar masa sebenar, teknologi ini boleh membantu doktor memantau luka dengan lebih baik,” kata pakar.

Setakat ini, penyelidik belum mendedahkan harga pembalut luka pintar itu serta tempoh tersedia secara komersial.

Menurut penyelidik, pembalut luka pintar ‘kos rendah dan pakai buang’ itu, direka menggunakan bahan-bahan yang murah.

“Kami membangunkan beberapa pembalut dengan pelbagai lapisan dan sifat serta ciri penyerapan yang berbeza.

“Ideanya adalah setiap jenis luka boleh mempunyai pembalut sesuai daripada luka kecil hingga besar seperti lecur dan lepuh.

“Bagaimanapun, kami perlu mengoptimumkan lagi geometri sensor dan menentukan nilai sensor sesuai bagi penyembuhan sebelum menggunakan teknologi ini untuk pelbagai jenis luka,” kata pengarang kajian di Universiti Bologna, Dr Luca Possanzini. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-10-2021 01:06 PM
bijaknya..suka yg plaster cartoon
Quote manzilla 27-10-2021 10:16 PM
Haziq Amsyar amat hodoh;
Ada pintar adalah bodoh.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.082178 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top