CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maacam Ernie Dan Syamel, Peminat Minta Nana Sheme Dan Hafiz Zainal Kahwin

28-10-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3372| Komen: 14

Sudah setahun program Big Stage 2020 berlalu tapi nampaknya gosip cinta penyanyi Nana Sheme dan Hafiz Zainal masih terus menjadi perbualan dalam kalangan peminat mereka di media sosial.


Mengakui lucu membaca mesej dan komen daripada peminat itu, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan dan belum sampai ke tahap serius.


Foto: IG


"Sejujurnya kami semua peserta Big Stage masih berkawan sampai sekarang, hubungan masih lagi rapat walaupun program itu dah berakhir.

"Kami semua tak lost contact lagi... selalu la berborak di media sosial. Sampai sekarang hubungan itu masih akrab sebagai kawan.


"Cuma bila baca mesej dan komen yang sama di media sosial terus tergelak besar. Bukan sahaja dijodohkan dengan Hafiz, ada juga pengikut yang ingat saya dengan Yamani Abdillah pun ada hubungan istimewa," katanya kepada mStar.


Foto: via mStar

Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada peminat yang mahukan kepastian mengenai hubungannya dengan doktor gigi tersebut.

Dalam mesej berkenaan, pengikut mengharapkan ikatan hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

"Nak tanya sikit boleh? Nana dengan Doktor Hafiz bercinta ke? Apa salahnya kalau bercinta... macam Syamel dengan Ernie Zakri kahwin dah. Saya doakan korang cepat-cepat kahwin!" tulis pengikut berkenaan.



Tidak tersinggung dengan pertanyaan itu, Nana berkata dia bersyukur kerana masih ada peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Benda baik silakan doa, cuma nak menjawab itu saja rasa kelakar. Walaupun terhibur tapi saya bersyukur sebab orang ramai mendoakan benda yang baik.



"Sekurang-kurangnya ia bukanlah komen yang buruk, apa-apa pun saya berterima kasih kepada peminat dan pengikut... terus mendoakan yang baik-baik untuk saya ya!" ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 28-10-2021 10:09 AM
budak-budak yang jenis fan-ship culture ni kadang-kadang merepek betul ye siap dm request-request lagi kat selebriti, pastu bila artis dia takde apa-apa or partner orang lain, tibehhh merentan...kau siapaaa ehh??? Btw, tak perlu layan pun takpe, Nanantu Atau Buaya ni gigih melayan siap acah-acah tag member kena gossip tu sangatlah cringe ye sis...
Quote TerataiMelur02 28-10-2021 10:14 AM
Retis perempuan tu baru 26?nampak berusia.. Dah macam 35tahun
Quote Reira77 28-10-2021 11:19 AM
Tuanya muka the girl. Mcm mak orang dah. Sejenis muka matured
Quote Kurex 28-10-2021 11:21 AM
Kalau muka tua sebelum usia akibat genetik, ye iols boleh terima.. kalau tua sebelum usia sehab tak reti jaga muka, layak la dicerca.. lepas tu kena hina, menangis.. macam yg badan gemuk. Nangis bila kena hina, tapi sendiri tak jaga makan
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 12:44 PM
Whoisyuhhhhhhh
Dan anak sangkak sapeee yang dok request bercintaa laa dengan minah/mamat niiii
Sessswaiiiii
Eeee yiihhhh tak koserrrr
Nak jadik matchmaker pulakkk ko
Quote Mawar91 28-10-2021 12:51 PM
Gedik lahai fans dok mengeship retis ni.
Quote Aaaaaookkk 28-10-2021 12:58 PM
Terpulanglah mahu jd apaa..
Mahu jd hantu, mahu jd buaayaaa~
Quote doubleharmonic 28-10-2021 01:46 PM
nana shemale tu macam ernie? lambertt lagi dekk! nyanyi hauk lagu sendu tahapa2 ko nak samakan dengan pemenang vokal terbaik apooo?
Quote Tokeybundle 28-10-2021 02:15 PM
Alah..ntah sape2 la yg hntr mesej tu
Abaikan jela
Ke kau pun suka org menge-ship kan kau
Ada la cerita terbaru
Quote kaoru44 28-10-2021 02:32 PM
Hafiz zainal ni pnyanyi jgk la eh??
Xpyh la dik up screenshot dm tu..
Stndrd la bbnu skrg..itu pun nk lyn..
Quote rosannazmia 28-10-2021 02:35 PM
prince_marhaen replied at 28-10-2021 10:09 AM
budak-budak yang jenis fan-ship culture ni kadang-kadang merepek betul ye siap dm request-request la ...

Oh i baru tau nama nye fan-ship, huhu.. i dulu dlm YM je LOL .. ms tu sibuk ngn akma n felix ship hahaha… tu pon meols dah mid 20 tp terjebak lah jugak ngn “fan-ship” culture ni , pehtu early 30s terjebak ngn retis korea wgm couple.. tu makin parah lah.. smp siap donate bagai buat book bagai hahaha.. tp taklah mcm adik2 skrg ni terus tanya direct punya berani.
Quote sukacactus 28-10-2021 02:40 PM
Yg laki tu mcm kelempuk pun nak dipadan2kan dgn pompuan…haish!
Quote GegarVaganja 28-10-2021 03:25 PM
Korang ni pun, yg laki ni bernafsu dengan pompuan pun dah cukup baik ye. Kang heshe announce dia gayah kang, korang carut dia jugak.

Quote rayna_raynes 28-10-2021 03:48 PM
Berdenting denting radar meols

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036688 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top