Baru sahaja menapak dalam industri, Beby Acha dah dikecam teruk gara-gara babak dalam muzik video terbaharunya yang berjudul Jerung Merah.
Muzik video adik kepada Allahyarham Achik Spin ini didakwa mengandungi maksud tersembunyi atau double meaning. Dalam beberapa babak yang dipaparkan, ramai yang mempersoalkan penggunaan buah pisang yang digunakan. Apa maksud yang tersirat? Antara komen: "Pisang tu apa kena mengena” "Allah..berat sungguh pakaian pun. Kes nya pasal jerung merah je..Lebihkan akhirat laa. Dunia ni dah tua. Tegur sebagai orang islam." Malah ada yang berharap agar pihak bertanggungjawab bersuara tentang isu double meaning yang bersifat lucah. "Double meaning unsur kelucahan. Harap ada penggiat seni bersuara." "Boleh tak ada akta terhadap penyampaian double meaning. Tak kisah la melawak ka, video ka." "Double meaning. Harap ada orang isu benda ni."
|
ADVERTISEMENT