CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbasikal Pukul 10 Malam, Wanita Dikacau Lelaki Psiko,- "Jerit Tapi Jiran Tengok Je"

28-10-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4585| Komen: 31

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas mendakwa diganggu seorang lelaki psiko ketika bermain basikal di sebuah kawasan perumahan pada waktu malam.

Kejadian itu dikongsi wanita tersebut yang menggunakan akaun @psychomoonchildbuddy menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang memaparkan dia diganggu lelaki bermotosikal.

Menurutnya, lelaki itu mula mengekorinya selepas melihat dia bermain basikal seorang diri sebelum menghampirinya dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah.


Foto: Via Kosmo

“Saya bermain basikal tak sedar ketika itu sudah pukul 10 malam. Ada seorang lelaki ikut saya walaupun saya tukar laluan sehingga saya berhenti.


“Dia tanya nama dan tinggal di mana serta minta nombor telefon. Saya keluarkan telefon sebelum dia tiba-tiba mengaku sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam video itu.

Melihat tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan, wanita itu menjerit meminta pertolongan.

“Jerit macam nak mati, orang keluar rumah tapi tengok dari dalam pagar,” dakwa mangsa ketika menjawab komen daripada pengikutnya.

Perkongsian video itu juga turut meraih 628,400 ribu tontonan dan 50,800 tanda suka selain mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

“Nasib akak berani dan bagus juga tak kayuh pergi, takut bila dekat tempat sunyi macam-macam boleh jadi,” kata @Faraazack.

“Kenapa dengan jiran-jiran dekat sana, kasihan tengok akak ini jerit tapi masih tak ada yang keluar tolong,” kata @Ainunmata.

“Saya hormat awak sebab berani, tapi masih tak boleh terima kerana ada komen yang masih salahkan perempuan sebab dia berani, kalau dia duduk diam mesti orang salahkan perempuan juga,” ujar @Ciksyaf1.

Terbaru, wanita itu telah membuat laporan polis dan telah disahkan bahawa suspek bukan peronda di kawasan berkenaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 28-10-2021 01:11 PM
10 mlm...berani oii
Quote Adrif 28-10-2021 02:37 PM
10 malam jerit panggil jiran, memang tak keluar lerr.
aku dok kawasan taman, rumah dekat2.
nampak ada ular tedung masuk bawah kereta orang. jerit jiran-jiran, bagi salam, ketuk pintu, semua tak keluar, tak bukak pintu. dekat 20 minit aku jerit bagi salam, mintak tolong. haa lantak korang. besok lusa kena ngap

last2 update dalam wasap group taman
snap gambar kereta, gambar rumah kat mana ular tu melingkar
20 minit kemudian, satu taman terang bederang, semua bukak lampu halaman, suluh lantai carik ular
besoknya, taman yang macam sarang hantu, bersih rumput ditebas, dibakar,
barang2 sampah longgok, settle diorang buang, bakar, jual kat lori beli besi buruk tu.
bersih, lawa terus area taman. tak macam selalu.

tapi tu la, yang menakutkan, ular tu sampai sekarang tak jumpa kat mana dia menyorok
Quote saviour_09 28-10-2021 03:02 PM
kenapa aku rasa macam dia kenal je laki tu?

boipren @ x boipren maybe?
Quote Skuau 28-10-2021 03:07 PM
mungkinkah...jiran2 belum lengkap 2 dos...atau yg main beskal tu..yg belum lengkap 2 dos...agaknyalah...
Quote bulalof 28-10-2021 03:17 PM
adat berjiran di kawasan bandar.........
Quote krustykrab 28-10-2021 03:25 PM
Gila kot nk kluar pi tolong hg malam2 mcm tu..sapo suruh kuar malam2 naik beskal. Beli la beskal exercise tu boleh je nk kayuh pukul brp pun.
Quote hareeeesah 28-10-2021 03:28 PM
Sebab banyak kes yang jerit minta tolong, sekali yang jerit tu gang sama nak menyamun.. kalau orang kenal mungkin la jiran tolong dah tu..
Quote Jitu 28-10-2021 03:29 PM
rindu semangat kejiranan mcm dulu2
Quote kechikchomel 28-10-2021 03:31 PM
dulu pernah la bibik jiran belakang rumah iolss menjerit minta tolong pukul 2-3 pagi. ayah iolss lak takde masa tu. mak iolss pun tanya dia ikut tingkat bilik iolss je. (tingkap bilik iolss setentang dgn laman blkg jiran iolss tu). tak lama lepastu jiran sebelah dia keluar n tolong tengokkan.
Quote Kurex 28-10-2021 03:57 PM
Berani tak kena tempat kau ni
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 05:14 PM
Lain kali bawak pisau. Entah sape datang ko acu je
Quote stingersyokkk 28-10-2021 05:18 PM
Skuau replied at 28-10-2021 03:07 PM
mungkinkah...jiran2 belum lengkap 2 dos...atau yg main beskal tu..yg belum lengkap 2 dos...agaknyala ...

Takmo ganggu michael ang sedang buat shooting era post pandemik, maybe?
Quote stingersyokkk 28-10-2021 05:19 PM
nakkomenjugak replied at 28-10-2021 05:14 PM
Lain kali bawak pisau. Entah sape datang ko acu je

Bawak pisau kalau kena spot check dgn abam polis? Nak cakap utk keselamatan diri?
Quote Gomea 28-10-2021 05:29 PM
kechikchomel replied at 28-10-2021 03:31 PM
dulu pernah la bibik jiran belakang rumah iolss menjerit minta tolong pukul 2-3 pagi. ayah iolss lak ...

Cerita chuols ni tergantunglah . Tertanya2 iols dia mintak tolong sebab ape?
Quote kechikchomel 28-10-2021 05:32 PM
Gomea replied at 28-10-2021 05:29 PM
Cerita chuols ni tergantunglah  . Tertanya2 iols dia mintak tolong sebab ape?


Sorry uolss...dia bagitau ada pencuri masuk rumah majikan dia tu. Pastu dia nampak pencuri tu lari ikut lorong kat sebelah rumah iolss.
Dats y mak iolss tak berani keluar. Takut dia nyorok mana2. Tak pasal2 mak iolss kena serang nt
Quote merrissa 28-10-2021 08:10 PM
dia ingt ni UK ke apo...UK yelo ok ko nak berbeskal pepagi...tp takut gak..tkut ad org mabuk
Quote akies 28-10-2021 08:51 PM
Bahaya la berbasikal waktu malam.
Jagalah keselamatan diri kalau pun nak beriadah.
Waktu malam riadah aje dlm rumah.
Zumba ke ..huhu
Quote naina 28-10-2021 08:56 PM
Kenapa berbasikal malam2 KUL 10
Dah la perempuan sorang2 plak tu
jagalah keselamatan diri
Berbasikal diwaktu malam bukannya bagus pun
See nampak banyak negatif tindak tanduk perempuan ni
Quote Carcosa 28-10-2021 09:20 PM
Ehhh, kalau aku neighbour tu, aku pun tak hingin nak keluar. Aku teponkan police, yes
Nak keluar? Its a firm no. Tak masal

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.171846 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top