CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mampu Sewa Rumah, 3 Beranak Duduk Bawah Jambatan Pulau Pinang

28-10-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3493| Komen: 21

Georgetown: "Anggota menyangka tiga beranak di bawah Jambatan Pulau Pinang adalah nelayan dan ketika mahu bertanya mengenai laporan kes, baru tahu mereka bergelandangan di situ sejak dua bulan lalu." kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.


Menurutnya, simpati dengan keluarga berkenaan, polis membawa mereka tinggal sementara di sebuah unit rumah kosong di Balai Polis Sungai Nibong, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tiga sekeluarga yang ditemukan di bawah jambatan ketika sedang menyiasat laporan kes pada 20 Oktober lalu.


Foto: Harian Metro

Soffian berkata, terdahulu polis menerima laporan berhubung kes kenderaan yang dipandu pengguna jalan raya dibaling dengan batu ketika melalui kawasan itu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi bagi menyiasat laporan itu, anggota polis bertanya kepada beberapa orang awam termasuk bapa bersama dua anaknya.

"Lelaki berkenaan mengakui menjadikan kawasan jambatan itu sebagai tempat berteduh dan tidak mampu menyewa tempat tinggal.

"Nasib malang itu bermula selepas rumahnya terbakar tahun lalu sebelum terkesan dengan pandemik Covid-19," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Soffian berkata, simpati dengan keluarga berkenaan, anggota polis membawa mereka ke Balai Polis Sungai Nibong dan menempatkan sementara di sebuah unit rumah kosong berhampiran.

"Mereka tinggal di situ selama dua hari sebelum ditempatkan di rumah teduhan Anjung Singgah, Lebuh Chulia, di sini.

"Perkara ini adalah biasa bagi semua dan kita perlu saling membantu terutama golongan yang tidak bernasib baik," katanya.

Sementara itu, bapa malang berkenaan, Mohd Effendee Md Yusoff, 42, berkata, ketika ditemukan polis pada hari itu, dia tidak bimbang dan memberi maklumat sepenuhnya kepada anggota berkenaan.

Katanya, dia bersama dua anak, Muhammad Alif Maulana, 10, dan Muhammad Arif Maulana, 11, sebelum ini tinggal di sebuah rumah di Jelutong sebelum berlaku kebakaran pada 2020.

Berikutan isterinya pulang ke Indonesia, dia bekerja sebagai buruh kontrak di Johor, Klang, Selangor dan Ipoh, Perak dengan membawa bersama dua anak.

"Sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, saya tidak dapat bekerja dan hanya gunakan wang simpanan yang ada.

"Dua bulan lalu saya ambil keputusan pulang ke Pulau Pinang dan kerana tidak mampu menyewa rumah, kami jadikan bawah jambatan sebagai 'rumah'.

"Setiap malam saya sukar tidur kerana bimbang dengan keselamatan anak dan serangan ular berbisa," katanya di sini, hari ini.


Foto: Harian Metro

Tidak mahu mengalah dengan hidup, Mohd Effendee kini bekerja sebagai nelayan dengan menangkap ikan di sekitar Batu Uban, di sini.

Katanya, rutinnya akan pulang ke Anjung Singgah selepas menangkap ikan dan sedang mengumpul wang bagi menyewa rumah.

"Pendapatan sebagai nelayan sekitar RM500 sebulan, cukuplah bagi kegunaan kami bertiga namun saya juga mahu keluar daripada keadaan ini dan mahu menjalani kehidupan baharu.

"Harapan saya mahu menghantar anak ke sekolah tahfiz supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga dan tidak mahu mereka hidup begini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 28-10-2021 02:21 PM
terbaik bang...sabaq no...harap tercapai cita2 tu...

errrr vaxx dh complete blom
Quote hareeeesah 28-10-2021 04:07 PM
Tapi kenapa nak kena hantar tahfiz? Cara orang berfikir lain-lain i assume..
Quote AmandaRollins 28-10-2021 04:27 PM
Kawen lg la ngn pompuan indon...lps tu kena tinggal lg...kesian anak2 kurang kasih syg ibu
Quote Friska 28-10-2021 04:32 PM
Aduh kasiannya
Quote monreyes 28-10-2021 04:39 PM
semoga dipermudahkan...
lps ni jgn cari Indon lagi.. kat sana berlaki.. kat msia pun berlaki..
Quote manehnya 28-10-2021 04:44 PM
AmandaRollins: Kawen lg la ngn pompuan indon. ...

Bru nak ckp benda yg sama

Aa kawen lg ngan indon...

Polis p tnya kes baling batu kena kereta kan .. polis hati tisu terua bawa p dok kuarters? Pastu kes baling batu tu, batu jatuh dr langit agaknya kan..

Nak hntaq p tahfiz sbb malas bela anak, nak suh org bela kan, senang
Quote trisnalovezul 28-10-2021 05:47 PM
AmandaRollins replied at 28-10-2021 04:27 PM
Kawen lg la ngn pompuan indon...lps tu kena tinggal lg...kesian anak2 kurang kasih syg ibu

apa kamu ngak faham apa yang ditulis? istrinya pulang ke indonesia selalunya kalo pasport mau tamat mmg harus pulang dlu ya kemudian datang semula..lagi kan sekarang ini pandemik sukar mau masuk malaysia. dia ngak cakap istrinya tinggal langsung mereka tanpa kabar berita.pikir dlu dong sebelum komen jangan nampak bodoh.

yang aku tau wanita malaysia aja mintak cerai sama somi yang kami ini ga ada lagi yang cerai sama laki malaysia kerna itu laki malaysia mau pilih kami jadikan istri. kasian
Quote Kitty_catz 28-10-2021 07:03 PM
heols ni yindon ke locals? kut kat penang tu rasa takde nya nak gelandangan, kilang2 pun banyak apa

dr keja nelayan tu acer apply, kilang2 electronics mmg nak pakai org sekarang, demand khemain tinggi

unless apaknya yindon, tak reti baca menulis.. ke mendadih...

ni nak anto tafiz pulek, kes setad sondol menyondol budak2 tafiz kan mendonia skang, pun masih ada mak pak yg nak anto, tak baca berita ke????  ke nak score brownie points dgn umah kempam meleis supaya simpati
Quote edayildiz 28-10-2021 07:19 PM
bethol ke ank dia tu..nape muka lain bethol ngn ayah..
kesian hidup ank2 kalau mak ayah miskin..xdpt bahagiakan ank2..xkaya takpe pun..janji keperluan asas tu disediakan..ni rumah pun takde..
semoga dipermudahkan  urusan abg ni
Quote kelapaparut 28-10-2021 07:51 PM
anak die ke yg baling batu tu..mcm ye
Quote makadek 28-10-2021 08:02 PM
Ku tk caya ade org miskin kt mlysia ni
Quote Cik_jantung 28-10-2021 08:44 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:45 PM

..........
Quote krustykrab 28-10-2021 09:31 PM
AmandaRollins replied at 28-10-2021 04:27 PM
Kawen lg la ngn pompuan indon...lps tu kena tinggal lg...kesian anak2 kurang kasih syg ibu

Terasa indon kt bawah tu
Quote vee_zara 28-10-2021 11:00 PM
edayildiz: bethol ke ank dia tu..nape muk ...

Genetik indon kuat sis
Quote AmandaRollins 30-10-2021 12:52 AM
trisnalovezul replied at 28-10-2021 05:47 PM
apa kamu ngak faham apa yang ditulis? istrinya pulang ke indonesia selalunya kalo pasport mau tama ...

Byk kes la betina indon tinggalkn suami bila suami da miskin...lps tu balik indon jumpa suami lama...di malaysia pun byk bayi yg dibuang oleh mak yg bangsa indon...bangsa ko....ko la yg kesian...rampas laki org...menyemak je..gth
Quote AmandaRollins 30-10-2021 12:52 AM
trisnalovezul replied at 28-10-2021 05:47 PM
apa kamu ngak faham apa yang ditulis? istrinya pulang ke indonesia selalunya kalo pasport mau tama ...

Byk kes la betina indon tinggalkn suami bila suami da miskin...lps tu balik indon jumpa suami lama...di malaysia pun byk bayi yg dibuang oleh mak yg bangsa indon...bangsa ko....ko la yg kesian...rampas laki org...menyemak je..gth...dasar indon bodoh...
Quote AmandaRollins 30-10-2021 12:53 AM
krustykrab replied at 28-10-2021 09:31 PM
Terasa indon kt bawah tu

Dia mmg selalu trigger klu kita kutuk pompuan indon...mst nk mencapub
Quote Acikgomen 30-10-2021 07:53 AM
trisnalovezul replied at 28-10-2021 05:47 PM
apa kamu ngak faham apa yang ditulis? istrinya pulang ke indonesia selalunya kalo pasport mau tama ...

Rindu pulak acik kat chuols trisna
Gaji zul dah naik blom
Lima ribu skang ni dah kategori miskin bandar dah trisna oiiiiiii
Quote krustykrab 30-10-2021 09:32 AM
Acikgomen replied at 30-10-2021 07:53 AM
Rindu pulak acik kat chuols trisna
Gaji zul dah naik blom
Lima ribu skang ni dah kategori mis ...

Untungla laki dia gaji 5k tu, byk gak bantuan dr gomen MALAYSIA masa pandemik  utk sara INDONG mcm dia tu
Kalau still duk kat INDONG kawin dgn jantan INDONG tentu masih jual bakso utk sara LAKI

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.099047 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top