CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Cipta Kondom Uniseks Pertama Dunia

28-10-2021 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2729| Komen: 18

John Tang Ing Chinh, satu nama yang menjadi sebutan seluruh dunia apabila rakyat Malaysia ini berjaya mencipta kondom uniseks pertama di dunia.


Kejayaan Doktor Tang dalam ciptaannya itu menjadikan ia produk yang boleh digunakan bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita.


Kredit foto: Reuters

Menurut pakar sakit puan berkenaan, hasil ciptaannya itu diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut bagi merawat kecederaan serta luka.

Dengan keberhasilannya, kondom uniseks Wondaleaf itu akan membolehkan orang ramai menjaga kesihatan seksual dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.


“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat yang melekat pada bahagian kemaluan lelaki dan wanita serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” kata Tang di firma bekalan perubatan Twin Catalyst.

Tambah beliau, pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, bermaksud ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.

Setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan dijual pada harga RM14.99. Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40.


Kredit foto: Reuters

Tang membuat kondom menggunakan “polyurethane” iaitu bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel, namun kuat dan kalis air.

Kata Tang lagi, Wondaleaf telah melalui beberapa pusingan penyelidikan serta ujian klinikal dan akan tersedia secara komersial melalui laman web firma itu Disember ini. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 28-10-2021 02:18 PM
Gigih i google cara nak pakai.. bhahaha..
Quote stingersyokkk 28-10-2021 02:24 PM
Aku dah cipta condom lidah baru nak keluar condom unisex?

What the heck?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote Belibis 28-10-2021 02:43 PM
lattehazelnut replied at 28-10-2021 02:18 PM
Gigih i google cara nak pakai.. bhahaha..

So..dah faham cara pakai?? Ke dah try??
Quote stingersyokkk 28-10-2021 02:44 PM
Belibis replied at 28-10-2021 02:43 PM
So..dah faham cara pakai?? Ke dah try??

Dah cuba pada kucingnya....
Quote brown_pupil 28-10-2021 03:24 PM
mahal.. confirm not favorable.

p/s - condom yg murah tu pun orang malu / berkira nak beli.
Quote Gomea 28-10-2021 05:25 PM
Condom jenama ape yang elok?
Quote ipes2 28-10-2021 05:49 PM
Gomea replied at 28-10-2021 05:25 PM
Condom jenama ape yang elok?

tentulah durex
Quote Bumbu 28-10-2021 05:58 PM
Gomea replied at 28-10-2021 05:25 PM
Condom jenama ape yang elok?

Okamoto 003
Quote syamzana 28-10-2021 06:06 PM
dlm news mentioned this coming Dec akan start jual. so blh la try
Quote edayildiz 28-10-2021 08:10 PM
tahniah doc

Quote stingersyokkk 28-10-2021 09:07 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 08:10 PM
tahniah doc

mengenakan condom bukan budaya org turki ....

do take note....kau bakal jadi kilang buat anak...provided subur la....
Quote stingersyokkk 28-10-2021 09:21 PM
syamzana replied at 28-10-2021 06:06 PM
dlm news mentioned this coming Dec akan start jual. so blh la try

tassabar khenz?

kahkahkahkahkah
Quote Solokkk 29-10-2021 11:00 AM
lattehazelnut replied at 28-10-2021 02:18 PM
Gigih i google cara nak pakai.. bhahaha..

So, camner nak guna kondom ni?
Quote sarah82 29-10-2021 03:12 PM
Boleh isi air tak? Aku ingat lagi ez bf aku beli kondom bawa masuk hutan.. Aku ingat jadah apanya dlm hutan nak pakai kondom.. Rupanya kondom digunakan utk ambik air sebab lasak[em:22:][em:22:].
Quote sharlenetexas 29-10-2021 03:15 PM
sarah82 replied at 29-10-2021 03:12 PM
Boleh isi air tak? Aku ingat lagi ez bf aku beli kondom bawa masuk hutan.. Aku ingat jadah apanya dl ...

Sama mcm kawan iols cite. Boleh balut wallet tak nak kena air.

Welcome back sarah
Quote sarah82 29-10-2021 03:19 PM
sharlenetexas replied at 29-10-2021 03:15 PM
Sama mcm kawan iols cite. Boleh balut wallet tak nak kena air.

Welcome back sarah

Mula2 bila ex bf iols bgtau.. Iols mcm what the FFFFFF.. Lepas dia terangkan baru la iols faham...

Pagi tadi iols cuba lagi retrieved password berjaya.. Tu mula komen..
Quote Supersirap 29-10-2021 10:58 PM
Salah satu konsep innovasi yang digunakan dalam bidang pembuatan, tahniah diucapkan
Quote Xim 5-1-2022 11:28 PM
Closed....thread October....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.210368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top