CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Anzalna CEO Baharu Finas?

28-10-2021 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9823| Komen: 62

Teka-teki siapa yang bakal menduduki jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mengisi kekosongan selepas Ahmad Idham Mohd Nadzri meletakkan jawatan pada pertengahan bulan ini bakal terjawab, tidak lama lagi.


Tidak sampai dua minggu kerusi CEO dikosongkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan FINAS dikatakan sudah menemui pengganti mengisi jawatan 'kerusi panas' berkenaan.



Hari ini, berita pelantikan CEO baharu FINAS heboh diperkatakan apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memuat naik ucapan tahniah kepada Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, yang dikatakan bakal menggantikan Ahmad Idham berkuatkuasa 1 November ini.


Dr Md Nasir yang juga Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI adalah bapa kepada tiga pelakon adik beradik, Anzalna Nasir, Afifah Nasir dan Mia Nasir.

Sementara itu, BH Online cuba mendapatkan pengesahan Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berhubung pelantikan ahli akademik berstatus profesor itu.

Zakaria berkata, dia tidak tahu bagaimana berita berkenaan boleh tular, sedangkan perkara itu masih belum muktamad.

"FINAS masih dalam proses akhir dalam pelantikan CEO baharu. Setakat ini, keputusan masih belum muktamad lagi.

"Oleh itu, pengumuman rasmi belum dapat dibuat. FINAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik proses pelantikan dimuktamadkan," katanya ketika dihubungi.

Mengulas sama ada Dr Md Nasir layak memikul jawatan sebagai CEO, Zakaria tidak menafikan, beliau layak melihatkan latar belakang pendidikan dan pengalaman sebagai pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif - Jabatan Seni dan Reka Bentuk, UPSI.

Terdahulu, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham dilantik sebagai CEO FINAS pada Mac 2019. Hampir dua tahun setengah menerajui perbadanan itu, Ahmad Idham mengundurkan diri dan bakal memikul tanggungjawab lebih besar untuk membawa industri kreatif ke persada antarabangsa.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 28-10-2021 10:32 PM
National katanya...
Quote LadyCarefree 28-10-2021 10:37 PM
Hebat. Tahniah.
Quote Tinot7 28-10-2021 11:42 PM
Tahniah.. baru iols tahu bapak anzalna professor.
Quote Thunderclouds 28-10-2021 11:46 PM
Ramai2 adik bradik dia ada x yg academician mcm pak dia?
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 11:57 PM
Wahhhh macam mana tetiba pak nasir boleh finas pulak ni?
Quote True-X 29-10-2021 02:47 AM
Thunderclouds replied at 28-10-2021 11:46 PM
Ramai2 adik bradik dia ada x yg academician mcm pak dia?

ade.. yg bongsu tuh kan...
Quote anony-mous 29-10-2021 03:37 AM
True-X replied at 29-10-2021 02:47 AM
ade.. yg bongsu tuh kan...

Sorang je ke? Sygnya pandai2 tp sorang je yg sambung legasi ayah. Since ank dia pernah dlm bidang ni, hopefully ada kemajuan
Quote cikperiukkera 29-10-2021 06:51 AM
anony-mous replied at 29-10-2021 03:37 AM
Sorang je ke? Sygnya pandai2 tp sorang je yg sambung legasi ayah. Since ank dia pernah dlm bidang  ...

Kalau nk ikutkn si pipah pn budak pandai chuolss...ada double degree apa ntah tp gigih jua nk jd retissss...
Quote puanserama 29-10-2021 07:38 AM
anony-mous replied at 29-10-2021 03:37 AM
Sorang je ke? Sygnya pandai2 tp sorang je yg sambung legasi ayah. Since ank dia pernah dlm bidang  ...

Ler.. apa punya komen mcm nih
Quote makcun14 29-10-2021 07:43 AM
Wow. Ahli akademik daddy sheols. Baru iols tau. Bukan kaleng kaleng yach, dah tentu ada prinsip dan integriti insyaallah.
Tahniah pada beliau
Quote makton 29-10-2021 07:45 AM
tahniah lerrr                          
Quote supermum 29-10-2021 08:22 AM
Wow naik pangkat dah bapaknya. Aritu AP. Mendunia bapak sheols
Quote Fly_over 29-10-2021 08:31 AM
cikperiukkera replied at 29-10-2021 06:51 AM
Kalau nk ikutkn si pipah pn budak pandai chuolss...ada double degree apa ntah tp gigih jua nk jd r ...

tula.. syg double degree sheols. jd retis pn sendu je.
Quote anony-mous 29-10-2021 09:54 AM
puanserama replied at 29-10-2021 07:38 AM
Ler.. apa punya komen mcm nih

Habis tu nk aku komen mcm mana? Semua komen kena ikut SOP ko ke?
Quote miss_perfect 29-10-2021 09:57 AM
Ohh bapak dia pun ahli akademik dalam bidang seni rupanya...
Quote Carcosa 29-10-2021 10:02 AM
Habislah semua nak ngampu Pipah dgn Anzalna skrg [em:3:]
Quote reenz013 29-10-2021 10:03 AM
tahniah prof
Quote brown_pupil 29-10-2021 11:10 AM
try la orang baru..mana tau ada improvement dalam finas..
Quote Thunderclouds 29-10-2021 11:27 AM
True-X replied at 29-10-2021 02:47 AM
ade.. yg bongsu tuh kan...

Ooooo...yg kawen 2-3 thn lepas tu ye. Mcm ade tgk mejelis dia kt nona

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070138 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top