CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Aircond, TV, Pemanas Air, Meja Solek- Seronok Kencing, Buang Air Besar Dalam Tandas Kayangan

29-10-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5821| Komen: 65

Kota Bharu: Bagaikan di kayangan, orang ramai yang menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor di sini akan terpegun dengan hiasan dan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berkenaan yang nyata lain daripada biasa.


Hiasan cantik dengan tema keemasan itu membuatkan sesiapa sahaja yang menggunakan kemudahan awam secara percuma tersebut tidak kekok untuk berada lama di dalam tandas berkenaan tambahan pula ia dilengkapi penghawa dingin, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.

Pelik, namun itulah kelainan yang dilakukan Datuk Dr Ahmad Omar, 84, yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya di Melor di sini untuk kegunaan orang ramai.


Foto: Sinar Harian


Dianggap janggal kerana membina sebuah tandas yang berkonsepkan moden dan bagai kayangan, namun Ahmad tidak menjadikan kecaman itu sebagai pematah semangat untuk beliau terus membuat kebajikan kepada orang ramai.

"Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.

"Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ahmad berkata, beliau berhabis lebih RM10,000 untuk membina tandas berkenaan.

"Sebanyak 35 jenis barangan saya masukkan ke dalam tandas ini dan salah satunya televisyen serta pemanas air untuk membancuh kopi," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, beliau juga meletak harapan tinggi supaya selepas ini masyarakat akan mengubah persepsi bahawa tandas adalah tempat yang kotor sedangkan ia perlu dijaga setiap masa sebagaimana kita menjaga kebersihan diri. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aikee04 29-10-2021 09:18 AM
moga dpt bertahan lama
Quote KamikuP 29-10-2021 09:24 AM
Open welcome ok bye
Quote sarah82 29-10-2021 10:19 AM
Gambar dalam tandas tak ada ka?
Quote saviour_09 29-10-2021 10:57 AM
kemah sek kito
Quote kelapaparut 29-10-2021 11:00 AM
aikee04 replied at 29-10-2021 09:18 AM
moga dpt bertahan lama

kalu ikut pmikiran ummah serambi, iols hanye mampu adios je la..good luck la, berdoa je lah
Quote tripleid 29-10-2021 11:11 AM
tgk gamba mati2 aku ingat bilik rawatan tok bomoh kat indon
Quote matchstick 29-10-2021 11:38 AM
Nanti Ada yg masuk pakai selipar jepun berselut pastu mencangkung atas toilet seat. RIP la tandas kayangan tu
Quote jfq 29-10-2021 11:46 AM
Sempat ke nak tgk tv
Aku kalau masuk toilet mesti nak cepat2 selesaikan biznes tak suka lepak lama2
Quote jfq 29-10-2021 11:47 AM
Lagi satu tempat bancuh kopi mcm tak sesuai kat toilet melainkan konsepnya ada mcm seating area kot
Quote Artemesiaa 29-10-2021 11:48 AM
Masaalah sikap ni susah nak cakap tapi kadang bila keadaan tempat tu bersih secara spontan orang yang nak gunakanya pun akan pasti ianya bersih lepas diguna.
Quote Gomea 29-10-2021 01:03 PM
Mane gambau dalam jamban? Tapi macam geli je kat tandas ade tempat bancuh kopi
Quote edayildiz 29-10-2021 01:28 PM
mcm kedai gambo  kawen..takde lah nampak kayangan pun
Quote Kurex 29-10-2021 01:34 PM
Macam hiasan indon
Quote harkktuih 29-10-2021 01:47 PM
Masalahnya water heater buat kopi seblah toilet bowl
Quote sharlenetexas 29-10-2021 02:01 PM
Rupa interior macamana?
Quote LadyCarefree 29-10-2021 02:05 PM
RM10k macam tu? Adoi sesangat sskjp punya deko bagai pprt friska nun kat seberang.
Quote hyie 29-10-2021 02:27 PM
motif ada gambar dia sebesar alam kat situ?
Quote sharlenetexas 29-10-2021 02:36 PM
Design kat luar pprt sangat
Quote sharlenetexas 29-10-2021 02:45 PM
Macam tempat menyembah. Design pprt. Tak praktikal. Geli tgk water dispenser tepi mangkuk jamban. Orang yg nak berak kencing bukannya sorang dua. Maunya berjam2 menunggu sebab ada yg ralit tgk tv sambil memerut Ingatlah jamban tu tempat setan pakcik oi!

[ig]https://www.instagram.com/tv/CVmCP-mFPPN/?utm_medium=copy_link[/ig]

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047408 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top