CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijel 3 Tahun Kerana Rompak Penjual Aiskrim

1-11-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1672| Komen: 1

Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah merompak penjual aiskrim September tahun lepas.

Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Taufiq Muhmad Nor, 26, membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan sebuah beg pinggang yang mengandungi telefon bimbit dan wang tunai milik seorang penjual ais krim berusia 77 tahun.


Gambar hiasan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Air Kuning Kampung Ulu, Air Kuning Selatan, Tampin pada 2 September tahun lalu pada jam 6.50 petang.


Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 4-11-2021 12:58 PM
Bodoh. Kerja laa kat kilang ke apaaa
Nak kena bagi kudung kottt baru tahu nikmat tubuh lengkap

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top