Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, bersuara tentang keadaan padang-padang bola sepak negara yang tidak terjaga dan diselenggara dengan baik di media sosial baginda.
Mungkin bagi sesetengah pihak, isu ini kecil berbanding perkara lain, namun tidak bagi pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ini yang menitikberatkan kualiti dan penjagaan padang. Tunku Ismail menyelar tindakan pihak tertentu yang bercakap mengenai bola sepak seperti golongan profesional. Namun, bila melihat keadaan padang di Malaysia, ianya cukup mengecewakan dan tiada penambaikan dilakukan sedangkan mereka mampu mengeluarkan peruntukan untuk membayar pemain luar negara.
Katanya, menyelenggara dan penambaikan padang bola sepak adalah pelaburan jangka masa panjang dan harus dititikberatkan. Baginda juga memberi jumlah kos penyelenggaraan padang di Johor sebagai rujukan. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT