Washington: Seorang ibu mengetahui suaminya curang dengan wanita lain selepas melihat anak dilahirkan rakannya mempunyai tanda lahir sama dengan anak lelakinya.
Menceritakan perkara terbabit melalui akaun TikTok miliknya, Hailey yang juga ibu kepada empat anak berkata, pada mulanya dijemput menghadiri majlis menyambut kelahiran anak rakannya itu dekat sini. Beberapa hari kemudian, dia terkejut melihat dua tanda lahir pada bayi perempuan rakannya ketika mahu menukar lampin menyamai anak lelakinya sendiri. Hailey terus bertanya kepada wanita itu yang akhirnya mengaku mempunyai hubungan dengan suaminya dan itu anak mereka.
Menurut Hailey, dia yang sebelum itu turut membawanya ke hospital selepas dihubungi apabila rakannya sakit mahu sakit untuk bersalin. "Saya yang memberi bayi itu mandian pertamanya. Ia adalah pengalaman yang manis dan saya gembira menjadi sebahagian daripada mereka. "Tiga hari kemudian saya melihat tanda lahir yang memang menjadi tanda turun-temurun bagi keluarga kami. "Saya biasa dengannya kerana anak lelaki saya ada tanda lahir sama iaitu sekeping tulang rawan tambahan di luar leher menyebabkan dia dilihat seperti bayi Frankenstein. "Anak yang lain juga mempunyai tanda yang sama, oleh itu saya tahu itu memang bayi bekas suami saya," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sarah82 replied at 2-11-2021 09:51 AM
Aku teringat kisah kat reddit.. Dia punya happy tlg kwn baik dia yg mengandung pi check up segala ba ...
kaogi replied at 2-11-2021 10:41 AM
Adik dia ke bf kat BFF dia..
sarah82 replied at 2-11-2021 11:01 AM
Mcm ni.. Hahahahaha.. Kak sarah bg nama ok
Dia = A
kaogi replied at 2-11-2021 05:09 PM
sarah82 replied at 2-11-2021 09:51 AM
Aku teringat kisah kat reddit.. Dia punya happy tlg kwn baik dia yg mengandung pi check up segala ba ...
ADVERTISEMENT