CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Aina Abdul Tertekan, MV Dapat Banyak Tanda Tidak Suka

2-11-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7590| Komen: 43

Penyanyi Aina Abdul mengakui tidak tertekan apabila setiap video baharu yang dimuat naiknya di YouTube mendapat tanda tidak suka oleh pendengar.

Aina berkata, biarpun dirinya menerima perkara itu dengan positif namun ibunya pula sedikit terkesan dan tertanya-tanya mengapa ada yang menekan tanda tidak suka.



Foto: IG

"Saya memang tak tertekan langsung sebab saya faham setiap pendengar mempunyai selera dan pandangan tersendiri. Tapi, mak saya pula yang sedikit terkesan dengan perkara ini.

"Mak saya adalah peminat nombor satu saya. Jadi, dia akan memantau berapa banyak tanda suka atau tidak suka yang saya terima. Bila berjumpa dengannya, dia mesti akan bertanya kenapa perkara itu berlaku dan saya terpaksa jelaskan yang kita perlu faham selera pendengar berbeza-beza.


"Lagipun, kadang-kadang negatif komen pun boleh memberi satu pengajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik. Bagi saya berapa pun jumlah tanda suka atau tidak suka, apa yang penting mereka tetap menyumbang kepada setiap video yang dikongsikan iru," katanya.


Ditanya mengapa sehingga kini dia masih memuat naik video nyanyian semula lagu tempatan mahupun luar negara di YouTube, Aina berkata apa yang dilakukan adalah untuk memenuhi permintaan peminat.

"Minat saya untuk membuat video nyanyian semula sememangnya sudah sebati dalam diri. Lagipun memang dari dulu lagi saya kerap melakukan 'cover' lagu penyanyi lain.

"Bila saya ada masa lapang, tak salah rasanya untuk saya memenuhi permintaan peminat. Saya pun selesa membawakan lagu-lagu penyanyi lain.



"Tiada istilah saya tidak perlu lagi membawakan lagu orang lain untuk menjaga jenama diri sendiri. Bagi saya, tanggapan sebegitu adalah salah," katanya.

Terbaharu Aina tampil memuat naik video nyanyian semula lagu Easy On Me nyanyian asal Adele.



Video yang dimuat naik sejak semalam itu sudah mencecah lebih 55,000 tontonan di YouTube. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-11-2021 10:03 AM
Anak yg nyanyi mak yg serabut perut.. eyh
Quote slyfynx 2-11-2021 10:07 AM
MARKETING...
Nk suh org bukak jgk video tu, walaupun untuk mengata.
Quote sarah82 2-11-2021 10:44 AM
Suara dia sedap
Quote makton 2-11-2021 10:53 AM
mcm kembar iman troye muka aina ni
Quote tipah89 2-11-2021 11:46 AM
menggelupurnya mak dia... i oll minat gila dia ni masa underdog dulu, la ni mcm over konpident sikit.
Quote anilanil 2-11-2021 11:50 AM
Ko amik pegang smartphone mak tu. Suruh dia mengait ke, tanam pokok ke, buat cross stitch ke. Kang tak memasal naik darah tinggi dok stress benda yg tak perlu.
Quote maslo 2-11-2021 12:11 PM
anilanil replied at 2-11-2021 11:50 AM
Ko amik pegang smartphone mak tu. Suruh dia mengait ke, tanam pokok ke, buat cross stitch ke. Kang t ...

sian Acik to...
Quote babelina 2-11-2021 12:29 PM
sabor je la makcik..hahah..
Quote mamajawie 2-11-2021 12:44 PM
mak yang over beria..puihhh
Quote Aaaaaookkk 2-11-2021 01:23 PM
Nampak kurus dh aina skrg
Quote helicornia 2-11-2021 01:24 PM
anilanil: Ko amik pegang smart
phone mak  ...

Tegelak aku baca Komen ko [em:3:]
Quote bambimbom 2-11-2021 01:44 PM
Mak dia takde kerja ke nak pantau bape byk like... ko pun batak like ke mak aina?
Quote shernazz 2-11-2021 01:47 PM
Bagi iols biasa la
Mak mak.mmg stress bila ada orang tak suka anak dia
Jadi jauhkan diri.dari social.media ya acik..
Mmg bahaya
Kang tak.pasal2.acik sakit jantung kang
Quote doubleharmonic 2-11-2021 01:50 PM
ko pakai dressing hauk yahamat takde pulak mak ko tertekan?
Quote kucim 2-11-2021 06:15 PM
Tak payah muncul pun takpa...semak tgk pemakaian dia ni...mcm alien nak naik ke langit
Quote mistified 2-11-2021 06:20 PM
Anak nyanyi mak yang stress. Ke marketing tactics utk org view youtube dia.
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 11:02 PM
Tak yah laaa nengok mokcik. Tutup je setting like dislike tu. Biar tak tahu
Quote milanhawkin 2-11-2021 11:03 PM
sarah82: Suara dia sedap


i pun rasa suara dia sedap kt telinga i. hehe

Quote sleepandream 2-11-2021 11:13 PM
antara ciri2 artis yg successful adalah mempunyai fanatik dan haters yg ramai...
kalau chuols takde haters langsung maksudnya chuols sendu whoryus gitu....
jadi vervanggalahhh

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.253746 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top