CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama Terperuk, Pawang Hujan Kembali Bertugas Tolak Hujan Untuk Kenduri Kahwin

2-11-2021 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2442| Komen: 9

Curahan hujan di Indonesia semakin meningkat dan di beberapa kawasan, kerajaan tempatan mula bersia sedia dengan jangkaan bencana banjir.

Reuters melaporkan, di sebalik ‘bencana’ yang bakal dihadapi itu, lain pula bagi Ki Joko Sapu-Jagat, seorang bomoh hujan terkenal.


Kredit foto: Reuters

Sebabnya, sejak musim hujan ini, dia sudah banyak menerima permintaan orang ramai supaya ‘menolak hujan’, khususnya bagi mereka yang mahu melangsungkan kenduri perkahwinan.

Hari pertama kembali bekerja selepas sekian lama ‘terperuk’ di rumah ekoran pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM), Ki Joko kini kembali beroperasi.


Walaupun ramai yang tidak percaya, namun masih ada yang percaya dengan kemampuan ‘pawang hujan’ itu mengawal cuaca.

Di negara yang mengalami hujan monsun selama berbulan-bulan setiap tahun ini, bomoh hujan sering diupah untuk memastikan majlis perkahwinan, konsert dan juga acara kerajaan ‘bebas daripada hujan’.

Menurut Ki Joko, dia ‘mencipta’ pelindung yang tidak kelihatan untuk memindahkan awan ke tempat lain.

Ki Joko kembali bertugas membabitkan majlis perkahwinan di Bekasi, Jawa Barat yang dihadiri 400 tetamu, ketika cuaca diramalkan ribut dan hujan.

Dia berasal dari susur galur nenek moyang dukun hujan di Bali dan telah mewarisi perkara itu selama beberapa dekad.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 09:49 PM
habislah rumah friska di timpa hujan.
Quote edayildiz 2-11-2021 09:56 PM
rain rain go away
come again another day..
brother wants to play..

Quote Supersirap 2-11-2021 10:23 PM
Berkesan ke pakai pawang?
Quote Carcosa 2-11-2021 11:15 PM
Kalau hujan jugak, boleh mintak refund mcm beli brg dkt Shoppee tak?
Quote whadda 2-11-2021 11:32 PM
masyukkk musim hujan.. job kencang
Quote R2D2 2-11-2021 11:41 PM
tak ingat negara mana tah
ada kes perlumbaan motor
panggil bomoh hujan
malangnya hujan turun
tak sure bomoh tu pakai tag line
money-back guarantee
ke tidak
Quote Adrif 3-11-2021 12:20 AM
teringat masa pakcik aku kawen dulu. lama dah.

masa tu kami mesyuarat kenduri, semua sedara-mara berkumpul.
pakcik, makcik, sepupu-sepapat ada role masing2 lah.
siap ada whiteboard besar 2 papan. macam nak tuisyen dibuatnya

habis bincang soal makanan, catering bagai,
aku pun mencelah buat lawak bodoh.
nak cari bomoh hujan, pastu gelak, hahahaha
tapi orang tua-tua level atok & nenek auto jadi serius. rupanya diorang dulu2 ada guna servis bomoh tolak hujan ni. aku main2 je, tak sangka betul2 wujud.
hasil nasihat makcik-pakcik, tak panggil bomoh. call la pakcik sepupu, yang kiranya warak la, dihormati orang kampung sebab alim dia.
"Hah, berdoa je la. Tak payah bomoh-bomoh, tak payah baling spendar atas bumbung la, ape la. Tadah je tangan, berdoa kat Allah. Mesti langit tu cerah punye. Kita mintak kat Allah. Doa je."

alhamdulillah hari kenduri cerah. awan seketul pun takde. ketiak aku yang lecak panas
Quote awanysss 3-11-2021 10:59 AM
Adrif replied at 3-11-2021 12:20 AM
teringat masa pakcik aku kawen dulu. lama dah.

masa tu kami mesyuarat kenduri, semua sedara-mara be ...

aah aku pernah dengar pasal baling spende tu..
tak sangka universal jugak ye ritual tu haha

ada yg baling kasut jugak.. ntah apa la relation ye aktiviti2 ni dgn hujan..
Quote Artemesiaa 3-11-2021 12:00 PM
Bukan beliau je tokey baju, tokey catering, tokey dewan, tokey bunga etc etc etc pun dah mula tersenyum semula selepas makin ramai nak adakan majlis kawin semula.  Boleh dikatakan setiap minggu  full tambah bila ada cuti umum dan cuti sekolah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.113990 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top