CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kolej Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar Ketika Joging

3-11-2021 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3482| Komen: 23

Gadis berusia 23 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika keluar berjoging.

Mangsa, Florencia Ledesma ditemui dalam keadaan berlumuran darah.


Kredit foto: The Mirror

Insiden ngeri itu berlaku kira-kira pukul 7 petang Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina, lapor The Mirror.

Mangsa sempat menelefon abangnya yang merupakan anggota polis, Enzo selepas diserang sekumpulan anjing di kawasan pembuangan sampah berhampiran rumahnya.

Abangnya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menakutkan haiwan terbabit dengan menembak menggunakan pistol apabila haiwan itu cuba menerkamnya.


Kredit foto: The Mirror

Florencia yang juga pelajar kolej hampir tidak sedarkan diri dengan kesan luka gigitan di lengan, kaki dan dada semasa ambulans tiba.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergorgeous 3-11-2021 08:09 AM
Breed chzy dan sekutu sekutunya....the K9 group.

Kahkahkahkahkahkahkah

Quote noor2 3-11-2021 08:33 AM
Ngeri gila....
Quote mejaputih 3-11-2021 09:51 AM
tgk area dia jogging pun scary...safety first, please...
Quote Artemesiaa 3-11-2021 09:59 AM
Mengerikan, kat sini pun apa kurangnya makin banyak kelihatan kelibat anjing liar sana sini.  Moga pihak majlis perbandaran segera bertindak sebelum kejadian sama jadi disini.
Quote Kurex 3-11-2021 10:50 AM
Hayoooo tempat joging dia mcm kebanyakkan lokasi kes bunuh jah
Quote pxlbb 3-11-2021 12:22 PM
Aku tunggu harith iskander dan geng urban berkerak defend anjing ni.
Quote che-cikL 3-11-2021 12:23 PM
Cari bukak cawangan Argentina pulak dah
Quote Dwdrum 3-11-2021 12:28 PM
Argentina strays dogs breed memang ganas... Dogo... Sama ganas dengan rotti...
Quote KamikuP 3-11-2021 12:36 PM
I hate dogs i really do
Quote MissVixen 3-11-2021 12:39 PM
Ngerinya. Kalau jogging, bawak la kayu golf atau batang besi ke. Kalau ada apa2, ada benda nak lawan. Apek kawasan rumah aku, jalan bawak kayu.
Quote mesmerize 3-11-2021 01:52 PM
MissVixen replied at 3-11-2021 12:39 PM
Ngerinya. Kalau jogging, bawak la kayu golf atau batang besi ke. Kalau ada apa2, ada benda nak lawan ...

betul tu.. kalau ai jogging pun bawak payung panjang tu.. kat tempat ai jogging bukan setakat anjing, monyet pun ramai.. kekadang monyet ni nakal suka kejar2 orang.. so dia nampak kita bawak payung tak berani nak dekat..
Quote edayildiz 3-11-2021 01:56 PM
Rip...anjing pun blh jd ganas jgk ke kalau kelaparan..
tp dulu kucing i kalau dia lapar sgt..dia gigit tgn i..jd takut ngn heshe sbb agresif sgt...kalau perut kenyang manja pulak
Quote Decaffeinated 3-11-2021 01:58 PM

Tell that to the dogs and they'll hate you back!


Quote Decaffeinated 3-11-2021 01:59 PM
pxlbb replied at 3-11-2021 12:22 PM
Aku tunggu harith iskander dan geng urban berkerak defend anjing ni.

Kenapa perlu tunggu Harith Iskander dan geng urban berkerak. Lobai2 tak boleh fikir sendiri ka yang anjing tu binatang?


Quote musangbodoh 3-11-2021 02:07 PM
MissVixen replied at 3-11-2021 12:39 PM
Ngerinya. Kalau jogging, bawak la kayu golf atau batang besi ke. Kalau ada apa2, ada benda nak lawan ...

kt tmpat aku apex jugak joging...bwk kayu golf...kereta/moto yg lalu sebelah dia mesti lambai...tp dgn kayu golf tu....mental rupenyer yoop..
Quote KamikuP 3-11-2021 02:17 PM
Decaffeinated replied at 3-11-2021 05:58 AM
Tell that to the dogs and they'll hate you back!

Been there done that
Quote akies 3-11-2021 02:26 PM
Iols kalau time jogging..mmg cari area yang ramai lalu lalang. Pastu kalau nampak sekor je ..cepat2 tukar arah. Larikkk..
Takut
Quote Thunderclouds 3-11-2021 02:35 PM
Suka anjing but weary ngn stray dogs. Dulu mnyewa kt dmnsara kim blk keja shif mlm jln kaki ja dr tmn tun. Zmn seblom ada jejantas kt seblah piza hut tu. These strays mmg bbau kalo kita takut2,kita kna sergah dlu br depa lari. Kalo kita yg lari dlu mmg xcukop tanah jwbnya
Quote downiey 4-11-2021 01:20 PM
rest in peace

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074319 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top