CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Ibu Jalan-Jalan Sebelum Ditinggalkan Terus Di Rumah Orang Tua

3-11-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5219| Komen: 49

Malang: Seorang ibu boleh membesarkan seramai 10 anak, namun, 10 anak belum tentu dapat membela seorang wanita bergelar ibu. 

Itu adalah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan oleh seorang wanita warga emas apabila ditinggalkan oleh anak-anaknya di Rumah Penjagaan Griya Lansia Husnul Khotimah di Kecamatan Wajak, Malang, sejak 27 Oktober lalu. 

Trimah, 69, yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah, berkata, anak-anaknya langsung tidak memberitahu akan menempatkan dirinya di rumah penjagaan tersebut, lapor Kompas.com. 


Foto: IG


Kata Trimah, anak-anaknya hanya mengajak dirinya bersiar-siar pada hari tersebut. 


Ketika tiba di rumah penjagaan itu, Trimah berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan hatinya amat kecewa kerana terpaksa mengikut kehendak ketiga-tiga anaknya itu. 

“Anak-anak pesan supaya saya berhati-hati dan terus bersabar,” luahnya ketika mengenang semula waktu dirinya dihantar ke tempat tersebut. 

Trimah mempunyai dua anak perempuan dan seorang lelaki yang tinggal di Jakarta dan Pekalongan, Jawa Tengah. 

Meskipun kecewa dengan keputusan anak-anaknya itu, sebagai seorang ibu dia tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. 

“Saya doakan mereka supaya dipanjangkan umur, diluaskan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.Mudah-mudahan mereka masih ingat mempunyai seorang ibu,” titipnya.  -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 3-11-2021 01:28 PM
Mungkin anak2 keluar bekerja dan tak dapat nak bagi penjagaan sepenuhnya kat rumah kalau2 ibu jatuh ke, rumah terbakar atau sebagainya. Nak hire helper mungkin tak mampu dari segi infra (takde bilik extra). Jadi bayarlah rumah orang tua2 at least ada tolong jagakan.

Maybe je la......
Quote Decaffeinated 3-11-2021 01:34 PM
Jauhnya nak cari cerita mak2 kat rumah penjagaan sampai ke Kecamatan Wajak, Malang, INDONESIA.

Quote Kurex 3-11-2021 01:44 PM
Ni sesuai letak dekat bod ibu bapa
Quote gigahertz 3-11-2021 02:52 PM
mclaren: Mungkin anak2 keluar bekerja dan tak dapat nak bagi penjagaan sepenuhnya kat rumah kalau2 ibu jatuh ke, rumah terbakar atau sebagainya. Nak hire helpe ...

Sis . i ada masalah la. mak i nak balik kg pusaka by bulan 12 ni .
dia dah duduk bandar 40 tahun. dia dah x nak duduk k.l lagi.
sebab duduk k.l x merasa duit pencen dia habis mem-bayar kat sewa rumah.

Rumah pusaka tu jenis rumah kg dulu-dulu jarak Grill dengan Gate rumah ada la 100 meter.
u boleh cuba susun 4 kereta sedan between my grill dengan my gate house.
one more thing duduk kl semua fasaliti ada. jalan kaki pun boleh
kat kg sana jauh giler nak ke kedai.
Quote kelapaparut 3-11-2021 02:58 PM
name daerahnye pun Malang.. apelah malang nasib ibu
Quote nolya 3-11-2021 03:05 PM
gigahertz replied at 3-11-2021 02:52 PM
Sis . i ada masalah la. mak i nak balik kg pusaka by bulan 12 ni .
dia dah duduk bandar 40 tahun. d ...

Cite U ni tergantung.  Emak duduk KL kenapa emak U yg kena bayar sewa rumah drp duit pencen dia. Emak U tak duduk dgn U ke, or mcmane? Selama ni rumah di Kg sape yg duduk? Selama 40 thn emak duduk di KL rumah di kg terawat ke?
Quote nolya 3-11-2021 03:22 PM
Di suaramalang.id ada berita ttng Ibu Trimah yg dihantar ke rumah penjagaan orang2 tua/Panti Jompo.
Mengikut ceritanya, anak2 Ibu Trimah tak ade yg sanggup menjaga ibu ini kerana dia seorang yg cerewet dn suka cari gaduh dgn anak2 dn menantu shnga tak ade yg sanggup dgn kerenahnya.

Maklum saje, menjaga orang tua ni bukan mudah, kena banyak sabar, apa lagi jika ada yg suka marah2 dn memaki2 anak2/menantu. Tambahan kekadang tu keluarga mereka bukanlah orang senang, mereka bekerja keras di luar, mengharapkan balik rumah perlukan ketenangan. Tak ade yg tahan jika balik rumah harus hadapi suasana yg merimaskan.
Apapun teman2 boleh baca kesah Ibu Trimah bagi mendapatkan kesah yg lebih jelas lagi.
Quote Jiddin 3-11-2021 06:27 PM
Ibu bapa yg kesukaran hidup tapi belum meninggal boleh tinggalkan anak rumah anak yatim...

Anak2 yg tak mampu financially diexpect menanggung dan menyara ibu bapa?
Quote edayildiz 3-11-2021 06:41 PM
malangnya semalang nama kg dia..
husnudzon jer la ank dia takde jln lain dh..dorg kerja ssh nk jaga..
tapi tu la bila dkt ngn mak gini pulekkk..ada org jauhh ngn makk..

teringat cite khir rahman ngn sazzy falak..maknya fauziah nawi..sedihhh giler
Quote missus_meow 3-11-2021 06:46 PM
susah nk judge hal camni ... anak2 bekerja ... sapa nk jaga mak di rumah ... buatnya jadi ape2 .... at least ditinggal di rumah orang tua ... semoga keadaan ibu ini terjaga ...
Quote karipap_sadin 3-11-2021 06:49 PM
hurmmm..kesiannya 69 ni lbh kurg je baya2 mak Iolls. Cer kecik2 dolu mak korg tinggal..cane tu
Quote LadyCarefree 4-11-2021 10:58 AM
karipap_sadin: hurmmm..kesiannya  69 ni lbh k ...


Ramai je mak2 bapak2 tinggal anak kat taska kan. Bezanya petang atau malam ambik. Subuh atau pagi hantar semula.

Patutnya kena buat banyak lagi pusat jagaan harian untuk warga tua. Yg iols tahu ada kat putrajaya dan kat pudu. Tapi bayaran mahal. Lg mahal dari taska.

Apa cara plg bagus nak atasi masalah org tua yg tiada siapa mampu jaga sebab kerja atau sebab org tua tu sendiri teruk perangai?
Quote makadek 4-11-2021 10:59 AM
Punca nya si ibu tak ada duit
Kalau ibu kaya tak kn jadi camni

Nauzubillah swmoga aku tk jd camni
Quote sarahmirza 4-11-2021 11:33 AM
gigahertz replied at 3-11-2021 02:52 PM
Sis . i ada masalah la. mak i nak balik kg pusaka by bulan 12 ni .
dia dah duduk bandar 40 tahun. d ...

Masa muda fikir pencen nak duduk kampung, jadi berpuluh tahun duduk bandar tak terasa nak beli rumah....

Masalahnya bila duduk kampung siapa nak jaga bila anak2 semua kerja.di bandar?

Kadang2 rasa tak adil bila masyarakat cuma nak anak faham situasi ibu bapa, sedangkan anak2 juga ada masa depan yang masih jauh...nak besarkan anak2 mereka...

Semoga kita kelak tak jadi bebanan anak2...
I okay je duduk rumah orang tua bila dah tua2 nanti...
Duit epf banyak tu utk kita,bukan utk sponsor anak2 kahwin...
Quote Cik_jantung 4-11-2021 12:54 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 08:44 PM

..........
Quote Cik_jantung 4-11-2021 12:57 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 08:43 PM

............
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 01:39 PM
Hmmmm... Bertabah la
Quote gigahertz 4-11-2021 04:54 PM
sarahmirza replied at 4-11-2021 03:33 AM
Masa muda fikir pencen nak duduk kampung, jadi berpuluh tahun duduk bandar tak terasa nak beli rum ...

rumah kat bandar yang murah adalah condo , apartment , flat
utk famili besar tak sesuai.
rumah kat kg i boleh sumbat 8 kereta serentak.
setakat nak main badminton takde hal la.
Quote TomyamPuteh 4-11-2021 07:07 PM
Aku bersyukur sgt2 adik bongsu aku blk dok dgn mak aku kt kg. Dh 4 thn dia blk. 4 bentuk cincin STM jgk la dia dpt. Itu la tanda ucapan terima kasih aku dkt dia. Aku sayang hang ketat2 adik oiii

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040393 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top