CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tanpa SPM: Tiada Apa Nak Dimalukan - Emma Maembong

22-6-2015 10:22 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 35158| Komen: 172

Oleh Adib Za

Meskipun sering dijadikan bahan perbualan mahupun kutukan kerana tiada kelulusan SPM, namun pelakon Emma Maembong tidak sesekali mudah patah semangat dan mengambil pusing hal itu.


Malah, dia berasa berbangga kerana meskipun tanpa tahap pendidikan yang tinggi, dia masih boleh berdiri sendiri dan membantu menyara keluarga.

“Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara”

“Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai,”  ujarnya menerusi akhbar Kosmo!.

(Sumber foto: Umi Kasum)


Memang benar pendidikan begitu penting terutama pada zaman sekarang, namun berbekalkan usaha, keazaman dan juga bakat, Emma mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang mempunyai pelajaran lebih tinggi.

Yang lebih penting adalah bagaimana kita mencari dan mengejar peluang untuk berjaya, bukan? SPM atau tidak, itu bukan persoalannya. Sebelum ini pun, sudah ramai jutawan ternama di seluruh dunia yang lahir selepas kegagalan dalam pelajaran. Kepada para netizen, jom berhenti mengutuk dan tumpukan pada yang positif sahaja, ya! - CARI Infonet

21

Bagus
26

Marah
24

Terkejut
29

Sedih
16

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanuma 19-6-2015 09:12 PM
diaorang jeles la tue...
Quote jepp 19-6-2015 09:17 PM
so mmg btul la di dgn kamal adli..
Quote aderaderker 19-6-2015 09:28 PM
Tajuk macam kasar jer tapi artikel Emma macam bg jawapan penuh kesopanan dan kesusilaan.

Ingat meroyan dlm IG..
Quote trexxxxxi 19-6-2015 09:39 PM
misleadingnya title..
harap emma tabah
Quote tagas 19-6-2015 09:52 PM
Beauty with no education
Quote prizadane 19-6-2015 10:01 PM
dulu aku pun rasa macam orang yang takde kelulusan ni loser. bodoh n bakal takde masa depan. but aku salah. kakak aku ada master in engineering. but end up she choose someone yang hanya ada pmr sahaja. takde spm. nak bandingkan dengan ipar-ipar aku yang lain yang sekurang-kurangnya ada degree, abang ipar yang takde spm tu la yang aku tengok paling bagus, rajin, hormat orang tua. n dia takde pun mintak duit kakak aku walaupun takde spm.

bukan sokong emma ni tapi untuk yang kaki kutuk tu, korang ingat korang bagus sangat ke?
Quote Lunitun 19-6-2015 10:02 PM
Tgk cerita isteri separuh masa kat astro hd..
Lain ye muka emma ni.. Xflawless n nampak mcm tembam sikit
Quote Suchi 19-6-2015 10:19 PM
prizadane replied at 19-6-2015 10:01 PM
dulu aku pun rasa macam orang yang takde kelulusan ni loser. bodoh n bakal takde masa depan. but aku ...

ramai org pikir org yg xde degree nih
bodoh dll
tapi pernah tak terpikir dorang tak berpeluang sambung belajo tinggi bkn sbb bodoh tp tak berkemampuan nk wat demikian.
blh jd dia kena kije sbb nk tanggung pemili.
drpd pemili begolok gadai juai tanah nk sara ank kt uni dia rela bekerja tolong mak pak sara adik3.
ramai je gini.. tp selalu disalah sangka org.
Quote izat123 19-6-2015 10:20 PM
Lunitun replied at 19-6-2015 10:02 PM
Tgk cerita isteri separuh masa kat astro hd..
Lain ye muka emma ni.. Xflawless n nampak mcm tembam  ...

Masa dia shooting cerita tu kan dia tengah problem dengan mat jijang. Stress putus cinta kot muka naik jerawat n tak terurus. Lain gila muka dalam tu hahaa
Quote kimsa-ra 19-6-2015 10:24 PM
prizadane replied at 19-6-2015 02:01 PM
dulu aku pun rasa macam orang yang takde kelulusan ni loser. bodoh n bakal takde masa depan. but aku ...

itulah jgn pndng org sblh mata.. bapak kwn iols darjah 3 je skola.. skrg ni duit melambak.. masa muda bekerja siang mlm jd guard jual nasi lemak smpi ada chalet sndiri bisnes sndiri..skrg ajar menantu plak bisnes bg pinjm 100k buka bengkel.. skrg dtg jaga bengkel menantu duduk borak2 dgn kasut putih brkilat.. formulanya rajin je..dh cukup hebat..
Quote sukacactus 19-6-2015 10:30 PM
Jiran mak aku pun ada camni
Membaca pun xboleh
Tp skrg ada co pest control sdr, drives bmw, wife dia cantik degree holder lg
Quote aderaderker 19-6-2015 10:34 PM
Emma kena kurangkan sikit bagi statement kurang cerdik..
Memang jadi modal la since memang xde spm.
Padahal retis yg ada degree pun boleh bagi statement bimbo..gst pun tatau..
Emma taukan gst tu apa?
Quote amyza 19-6-2015 10:46 PM
Ada degree tu mmg org pandang tggi,nk nye zaman dlu...bangga dpt blajar tggi.

Pakcik aku keje kampung jew,naik motor biasa tp umah ada 3-4biji kasi sewa.nmpk lah usaha dia dr muda keje terok.
Quote ifanonline 19-6-2015 11:19 PM
bangsa melayu aje mengelupur kalu takde degree, master atau phd
Quote pinkzara 19-6-2015 11:25 PM
kalau nak sgt kecohkan psl kelulusan dan kerjaya..ni ada 1 cth depan mata aku..
kawan aku degree holder, gaji 2k (dah 12thn keja..gaji still 2k, firm swasta).
kawin dgn lelaki lepasan spm je. keja kilang, ada 2buah rumah, gaji 15k.


Quote PEPPERMAN 19-6-2015 11:29 PM
takda spm bukan bermakna takda pendidikan
Quote nikaido 19-6-2015 11:48 PM
ifanonline replied at 19-6-2015 11:19 PM
bangsa melayu aje mengelupur kalu takde degree, master atau phd

Mostly andartu yg kisah bakal pasangan belajar tinggi ke tidak. Sikit2 keluar alasan 'tak sekufu' dgn diri
Quote Felycya 19-6-2015 11:58 PM
pinkzara replied at 19-6-2015 10:25 PM
kalau nak sgt kecohkan psl kelulusan dan kerjaya..ni ada 1 cth depan mata aku..
kawan aku degree ho ...

Mak aiihhh keje kilang gaji 15k ???.
Quote msrobotic 20-6-2015 12:09 AM
Byk org ada spm,tp bkn byk ada bakat melukis

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.098996 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top